Saturday, December 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012!!

Kepada semua rakan-rakan blogger, geng-geng botol, kaki-kaki antik, semoga tahun ini memberi pelbagai manafaat dan pengalaman dan semoga tahun hadapan menjadi titik permulaan kepada sesuatu yang lebih besar! Selamat tinggal 2011 dan selamat datang 2012!

Sunday, December 18, 2011

RAJA BAIK PULIH!! EPISOD 2.

Mat Wey.Hari ni saya bangun 2 jam sebelum subuh sebab terlalu tak sabar nak memulakan kerja! Tugas pertama untuk hari ini adalah mengopek sticker pada tong besi ini dan selepas itu membuat 'sand blasting' untuk membuang semua cat.-Mat Wey.




Sticker yang telah dibuang.



Proses mencanai..

Setelah semua cat dibuang sekarang saya akan mencanai pemegang tudung tong ini untuk membuang 'chroame'. Apa barang 'chroame'?? Ini kerana saya mahu pemegang ini nampak lagi 'solid' setelah saya membuat 'high polish' keatas pemegang ini supaya kelihatan seperti cover enjin motor Harley Davidson! Baru lah mantap bro!-Mat Wey.




Pemegang yang telah dicanai.





Keesokannya..



Mat Wey berehat. Hari ini saya akan mulakan proses mengecat lapisan awal atau 'under coating'. Saya akan mulakan dengan cat putih!-Mat Wey.


Proses 'under coat' telah dimulakan.





Lapisan demi lapisan dicat oleh Mat Wey.





Dua jam kemudian..




Rehat lagi.

Rehat dulu la bang, isap rokok sebatang, banyak sedut cat tadi, sekarang sedut asap pulak! Kejap lagi saya akan mulakan proses mengecat warna Coca-Cola iaitu merah! Kirim nasi ayam boleh??-Mat Wey.




Cat warna 'finishing' ni kita perlu teliti, setiap lapisan yang dicat perlu digosok semula untuk mendapat permukaan yang betul-betul rata!-Mat Wey.


Tekun!

Nak jadi tukun dah ni bro!-Mat Wey.

Memang tekun brader ni.. Anak sapa la ni..??


Dua jam limaminit kemudian..



Rehat makan kacang dulu bro! Kasi release tension dulu.. Penat baangg! Nasi ayam takde jugak sampai brader?? Apa daa bajet ciput buat dokumentari??!!-Mat Wey.

Sambung kerja lagi..







????

Bang, interview kejap-kejap lagi boleh tak?? Asal saya rehat je nak interview! Semak la brader!! Saya penat ni baanngg!! Dah la kirim nasi ayam tak dapat-dapat!!-Mat Wey.




Dua jam tiga minit kemudian..




Proses lapisan cat merah terakhir sedang giat dijalankan.






Sejam empat puluh tiga minit kemudian..


Mat Wey ingin berkata sepatah dua.

Saya telah selesai mengecat keseluruhan tong besi ini. Kerja saya selesai untuk hari ini. Besok saya akan mulakan proses memasukkan logo tulisan Coca-Cola pula. Proses ini adalah proses yang paling sukar dalam kerja baik pulih ini. Insyaallah saya akan buat yang terbaik besok! Nak pegi tido dulu bang supaya hari esok rasa cepat sampai! Tata! Tak payah la brader nasi ayam, saya boleh buat sendiri!!-Mat Wey.


Logo tulisan Coca-Cola yang telah disiapkan oleh Mat Wey.






(Suara bergema) Apakah Mat Wey akan berjaya menjadikan tong ini berseri-seri?? Atau malap?? Kita akan saksikan di episod akan datang dalam Raja Baik Pulih!!

Monday, December 12, 2011

RAJA BAIK PULIH!! Episod 1.

Entri aku kali ini agak berbeza dan keluar dari tajuk biasa kerana buat masa sekarang cerita pasal botol soda dibekukan sementara kerana botol-botol yang baru diperolehi akan dipamerkan dulu di pameran Botologi Januari tahun depan. Selepas pameran tersebut barulah botol-botol ini akan aku paparkan di blog untuk memaksimakan kesan kejutan di pameran nanti!

Kali ini aku akan paparkan dokumentari bergambar yang tak jauh bezanya dengan dokumentari 'King Of Restoration' di saluran 'History' di astro. Mungkin kebanyakan anda di luar pernah melayan dokumentari menarik itu yang mengenai membaik pulih barang-barang lama untuk dijadikan koleksi. Mari kita saksikan 'King Of Restoration' versi Melayu kita...




Man Rani
Hari ini saya datang ke Shah Alam untuk berjumpa dengan seorang pakar membaik pulih barang-barang lama iaitu En. Mat Wey. Saya dengar beliau boleh membaik pulih barangan koleksi dengan berkesan. Jadi saya ingin membaik pulih sebiji tong air batu Coca-Cola besi saya supaya menjadi lebih 'cun' untuk dijual kepada pelanggan saya iaitu en. Mat yang juga datang menemani saya untuk berjumpa dengan en. Mat Wey.- Man Rani.



Tong Air Batu Coca-Cola

Tong air batu ini saya baru saja dapat dan tulisan Coca-Cola pada tong ini hanya dilekatkan sticker saja, jadi tak cun lah, apa barang sticker!!..-Man Rani.



Man Rani bersama En. Mat yang menjadi pelanggannya kali ini.

Ok En. Mat, jom kita loading tong ni di rumah Mat Wey!-Man Rani




Man Rani memberi kata-kata semangat kepada en. Mat.

Jangan risau en. Mat, budak ni ok boleh buat punya!-Man Rani.

Kalau tak ok aku tak nak bayar Rani!-En. Mat.




Mat Wey agak terpukul dengan kata-kata En. Mat
kerana dia ada dekat saja dengan mereka.
Jadi dia dapat dengarlah perbualan mereka berdua! (Dalam hati) Tercabar aku ni dengan kata-kata en.Mat! Dia belum tau aku sapa!-Mat Wey.




Setelah sampai ke rumah Mat Wey yang juga merupakan bengkel beliau...





En. Mat sedang memperkatakan sesuatu kepada Man Rani.
Pastikan calar-calar ni semua hilang ya!-En. Mat.

(Dalam Hati) Nanti la dulu baru duk usung ni!! Adoi brader ni!!-Man Rani.

(Dalam Hati) No komen!-Mat Wey.




Man Rani sedang memerhatikan Tong besinya.Jom Wey kita angkat tong ni dulu, nanti aku 'explain' dengan kau apa nak buat..-Man Rani






Rani bersusah payah mengangkat tong air batunya.

Wey.. aku tengok dalam 'King Of Restoration' customer dia mana ada kena angkat sendiri??-Man Rani.

Pekerja aku semua dah habis permit la, dah balik kampung!-Mat Wey.




Man Rani sedang menerangkan sesuatu kepada Mat Wey.
Wey.. sticker-sticker ni aku tak mau. Kasi buang semua! Apa barang sticker!?! Kalau boleh aku nak style oldschool tapi baru!-Man Rani.




Man Rani belum habis hujahan.
Wey.. yang kemek-kemek ni kasi setel semua. Satu kemek pun aku tak nak tengok! Ok??!!-Man Rani.



Mat Wey hanya memerhatikan saja Man Rani berhujah.
(Dalam Hati) Banyak cekadak pulak brader ni. Nanti kau aku sebut harga kejap lagi!!-Mat Wey.





Man Rani menggulung hujahan beliau.
Ingat ya Wey, dalam kasi cuci habis biar berkilat! Customer aku tu cerewet!! Ok Wey?? Jadi macam mana pengerasnya?? Agak-agak berapa ya??-Man Rani.





Mat Wey sedang memikirkan berapa harga
yang nak dikenakan kepada Man Rani.
Emm.. emm.. Nak kena sand blast dalam setengah jam.. body kena ketuk.. cat.. kena buat skrin untuk tulisan.. Overhaul enjin..-Mat Wey.

Woii!! Manada enjin menatang ni!! Aku tumbuk jugak perut kau kang!!-Man Rani.

Ehh! Sori! Sori! tersasul! Emm.. gedebak-gedebuk tiga hari punya kerja.. kalau hujan cat tak kering tambah lagi empat hari, jadi seminggu.. Ah boleh lah.. aku jangkakan dalam RM500 untuk job ni dan aku nak botol soda lama sebijik! Dan aku nak down payment serat! Ok??-Mat Wey.

Mak aii! Dah la nak botol nak down payment pulak tu??-Man Rani.

Habis.. dah loan kedai, down payment kasi taruk laa..!-Mat Wey.

Ok lah Wey.. aku rasa harga kau tu ok, no hal punya!-Man Rani.



Man Rani menghulurkan duit kepada Mat Wey.
Ok lah Wey.. mu punya pasal kawe beri dengan senyuman menaweeyy!!-Man Rani.




Man Rani bersalaman dengan Mat Wey tanda puas hati
dengan bayaran yang dikenakan.
Ok Wey.. semoga berjaya ya. Aku tunggu kau call aku ya??-Man Rani.

Ok boleh boleh, no hal punya, tapi kalau aku tak call tu kau call la aku, kadang-kadang aku kredit takde!-Mat Wey.

Hampeh kau Wey!-Man Rani.




Man Rani memperkatakan sesuatu.
Saya harap Mat Wey akan melakukan yang terbaik kali ini. Saya yakin dia boleh buat dengan kemas dan cantik! Kalau dia buat cantik saya pun masyuuukk!! Tak sabar la pulaak!!-Man Rani.




Mat Wey pula ingin mengatakan sesuatu.
Saya tak sabar untuk memulakan kerja baik pulih ni. Bagi saya setiap kerja yang diterima merupakan cabaran buat saya. Saya tidak akan hampakan harapan Man Rani dan juga en.Mat! Malam ni nak tido cepat-cepat supaya esok hari datang segera nak mulakan kerja!-Mat Wey.




Tong air batu Coca-Cola. (Sebelum dibaik pulih).

(Bayangkan suara yang bergema bila baca ayat ini)
Apakah Mat Wey akan berjaya membaik pulih tong ini dengan cemerlang?? Apakan Rani akan gembira dan masyuk dari hasil kerja Mat Wey?? Kita akan saksikan dalam episod akan datang dalam RAJA BAIK PULIH!! Sekian..