Pening! kalau punggah semua tapi tak dapat botol cun..
dapat pengalaman susun botol dalam guni je lah nampaknya..
Dalam duk setelkan botol-botol ni terkeluar jugak crate-crate kayu yang pelik, crate kacukan!
Crate GreenSpot di jadikan lantai untuk crate botol lain.. Malangnya crate GreenSpot ni..
Crate GreenSpot di jadikan lantai untuk crate botol lain.. Malangnya crate GreenSpot ni..
Dinding crate GreenSpot dah jadi lantai.
Mat Wey sempat lagi posing, nampak guni-guni
yang telah kami isikan dengan botol..
yang telah kami isikan dengan botol..
Bila terasa dah penat sangat, aku mula la keluar dari lokasi untuk kendur-kendurkan urat. Aku mula la merayap kesana sini. Nampak pintu je aku masuk. Di sebelah belakang ada satu stor menyimpan mesin-mesin lama yang dah tak pakai. Salah satu mesin yang menarik perhatian aku adalah mesin untuk masukkan gas kedalam air soda(carbonator). Mesin carbonator ni berjenama Rapid X buatan England. Aku dapat info mengenai jenama ni iaitu sebelum tahun 60an Rapid X ini terkenal di gunakan untuk menjadikan air soda ni berkarbonat sehinggalah di sahkan menjadi ejen kanser pada masa itu. Selepas tahun 60 jenama ini telah di sekat penggunaannya. Aku tak pastilah info ni betul atau tidak dan mungkin jugak ada permainan politik dalam industri karbonasi ni, kalau betul la cerita ni, tauke Rapid X ni kira bungkus lah!
Teka lah berapa usia mesin carbonator ni??
Rapid X Carbonator.
Jam dah menunjukkan pukul dua petang.. Masa untuk rehat. Apalagi, pekena nasi padang tersohor la dalam town! Trip lepas dah melepas, trip kali ni tak boleh lepaskan peluang!
Bersambung..
Episod akan datang: Enaknya nasi padang di Restoran Hover dan botol pelik-pelik mula keluar!
teringat la aku dengan lagu m. daud kilau masa dia cakap ahaiiiiii, mcm nilah bunyi aku masa tengok blog ni :) anyway, on the 8th ni boleh la tengok semua ye tak? aku nak jual aper nanti ye? hehe.
ReplyDeleteTrade Fair ni aku bawak mana yang nak trade atau jual je, yang takde kena mengena simpan kat rumah la bro! hehehee..
ReplyDelete