Sebenarnya botol Coke ni bukan dari jiran sebelah rumah aku tapi dari negara jiran kita iaitu Indonesia. Sekilas pandang botol ni saling tak tumpah macam botol Coke White ACL kita, depan belakang sama lagi iaitu logo tulisan Coca-Cola, tu lah sebabnya aku tertarik dengan botol oldschool Indon ni. Botol ni kalau di teliti pada bentuknya dan tanda-tanda pada badan aku anggarkan tahun kelahirannya dalam lewat 70an hingga ke awal 80an dan Singapura lah negara pembuat botol ni berdasarkan kepada cop 8 SG A pada bahagian bawah, dan mungkin juga ia adalah botol bersaiz tinggi yang pertama dalam variasi botol Coke Indon ni. Ada banyak lagi variasi botol Indon ni sebenarnya, aku pun sekarang masih menyusun model-model botol Coke Indon ni, setakat ni aku dah ada dalam 10 jenis dan aku rasa ada beberapa biji lagi untuk aku melengkapkan variasi botol Coke Indon ni berdasarkan kepada penyiasatan aku. Mungkin ada collector Coke Indon di luar sana dah lengkap atau ada lebih dari aku, jadi bro bagi-bagi la info, kalau nak hulur pun boleh...
Wednesday, July 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment