Monday, July 19, 2010

XPDC MEMBURU BOTOL DI PANTAI TIMUR.. episod 5

Setelah berpuas hati bahawasanya di bandar Kuala Terengganu dah tak ada botol, kami memutuskan untuk meninggalkan negeri tersebut dan meneruskan perjalanan ke negeri kelahiran aku iaitu Kelantan..

Pukul 6 petang kami bergerak dan dalam pukul 8.30 kami dah berada di bandar Kota Bharu. Mula-mula cari tempat nak tidur dulu, cari hotel-hotel bajet.. tapi di Kota Bharu ni kalau hujung minggu jangan harap la senang-senang nak dapat bilik! Pusing punya pusing akhirnya dapat jugak la, bukan hotel tapi hostel! Hostel pun hostel lah! Dengan bertemakan cerita 'Masam-Masam Manis' P.Ramlee hostel baru ni nampak oldschool! Oldschool kenapa? sebab terlampau bajet! orang berdengkur selang lima bilik pun boleh dengar! Dinding dari plywood nipis je.. Satu bilik dua katil 'Double Dekker', satu kipas kecik, orang tidur sebelah bawah sendiri mau ingat dia punya panas! Tapi apa-apa pun jadi lah setakat nak buat tempat berteduh untuk tidur je, kalau boleh tidur lah!

Selesai mandi aku dah berjanji dengan kawan-kawan yang lain nak bawak makan ke satu kedai kopi lama. Kedai ni wujud sebelum aku lahir lagi, masa kecik-kecik dulu bapak aku selalu bawak aku makan di kedai ni. Menu special?? Aku namakan Chicken Chop klasik! Chicken Chop jenis berkuah banyak. Ini lah restoran Sun Hua, restoran yang terkenal di seluruh Kota Bharu kerana keenakan Chicken Chopnya! Jadi kalau ada yang datang ke Kota Bharu, jangan lupa la singgah.. tanya je sapa-sapa, semua orang tahu, shop lot lama belakang pasar besar Kota Bharu!

Sun Hua Restoran


Bahagian interior yang nampak oldschool..
Tapi kerusi sudah plastik daa! tapi meja tetap marble!

Fuhh!! Memang Lazat! Rasa sekali teringat-ingat sampai hari ni!

Siap cicah dengan roti bakar rangup!!


Selesai makan malam, bro Amir kita mengidam nak makan satay ikan pulaaaak! Satay ikan yang selalu orang jual pakai basikal roda tiga je masa zaman sekolah dulu. Di Kelantan ni masih ada orang jual satay ikan dengan basikal roda tiga ni tapi nak kena tahu tempat, iaitu Wakaf Che Yeh. Bro Amir memang tak melepaskan peluang, RM10 di belinya! Makan lah sampai muntah!!

Melayan satay ikan di depan Istana Balai Besar, Kota Bharu.

Keesokan harinya lokasi pertama kami ke satu kampung di pinggir bandar. Tempat ni dulu aku pernah dapat pam minyak lama Shell zaman 50an. Kali ni nak repeat lagi, mana lah tau ada lagi yang tokey minyak tu dah tak nak pakai. Stesen minyak ni stesen dalam kampung jadi pam minyak yang di gunakan memang yang jenis bukan terkini! Sampai di sana aku terus cari tokey yang aku panggil 'Pak Da'.. dia masih ingat lagi aku dan Mat Wey, muka tersenyum je dia bila lihat kami, apa taknya 'masyuukk!' Masuk je stor lama dia, ini lah barang-barang stesen minyak yang kami lihat.

Pam angin. Pak Da tak nak jual pulak! katanya,
"Hok ni Pok Do nok paka!"(dia nak pakai lagi)
'Nozzle' pam minyak yang lama(bawah)


Pam minyak 80an.


Ada satu pam minyak yang aku dan bro Amir berkenan, tapi di simpan terceruk! susah nak ambil, tau-tau je lah pam minyak ni dia punya berat, macam anak gajah!! Jadi kami tinggalkan Pak Da dan stornya dulu setelah 'deal' lebih-lebih kurang pasal pam minyak tu.

Lokasi seterusnya.. Gudang lama ejen F&N. Ini lah tempat yang di nanti-nantikan oleh kawan-kawan aku ni.. Bersambung...

8 comments:

  1. sedap sok moo chicken chop ! waee..! demo kecek kat pok da dia nak buat gapoo hok pam angin burok tu..jual laa..! boleh buat petehh..! mana botol nie ! mcm surprise jer ni..! bahaya..bahaya..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Hehehe!! aku nak cai tapi dia tak bagi la!!
    Bro.. lepas ni episod klimaks!! hahahaa..

    ReplyDelete
  4. best betul siri adventure nih.... boleh kalah indy & temple of doom...;)

    ReplyDelete
  5. HOI, sedapnya chicken chop tu!!!

    ReplyDelete
  6. sedap lagi udang chop!!! betoi tk mat sidin??

    ReplyDelete
  7. big coke..! mat sidin balik kampung..dia menjember udang emas di sana tungguuu..!

    ReplyDelete