Tuesday, July 20, 2010

XPDC MEMBURU BOTOL DI PANTAI TIMUR.. episod 6

Gudang ejen F&N ni aku dah jember 10 tahun sudah, seingat aku banyak lagi botol-botol yang aku tak ambik masa tu. Jadi ni kira nak repeat lagi lah, kira lubuk dah tak dara la, lubuk janda! setengah jam perjalanan dari bandar Kota Bharu kami pun sampai di lokasi. Permandangan pertama aku agak terkejut kerana kawasan ni dahulu bersih dengan crate-crate kayu tersusun rapi tapi sekarang dah terbarai! Suspen jugak, manatau botol-botol semua dah kena rembat! Tapi ternyata, kali ni nasib kami baik, masih ada botol-botol yang cun! Bagaikan budak dapat aiskrim, kami layan diri!!


Kerja-kerja mencari gali di mulakan.


Kawasan luar gudang bersepah tapi masih ada botol-botol.


Bro Amir dan Mat Wey bersemangat!



Vita Plus Cordial(F&N) label kertas juga di jumpai.


Tidak ketinggalan Coke White Acl,
kondisi yang agak menarik setelah di cuci.


Coke label merah tiada riben, kondisi yang cantik!


Askar-askar F&N 400ml mesti 'enter frame'!


Crate kayu Coke, kondisi yang agak baik, tak reput.


Botol-botol yang di kumpulkan.


Crate-crate kayu yang di kumpulkan.


Muka-muka kanak-kanak riang. Duka lara sebelum ni dah terpadam!





Harta karun yang telah di punggah ke dalam van.




Lebih kurang 2 jam kami kucar-kacirkan tempat tu maka hasilnya agak memberangsangkan. Masing-masing letih tapi muka memang ada 'sinyum'! Tapi hati aku sebenarnya belum puas, botol-botol yang di perolehi setakat dari tahun 70an.. aku nak tengok muka kawan-kawan aku ni lebih dari senyum! Aku nak dia orang dapat merasa korek botol taraf antik, aku nak tengok kawan-kawan aku gembira sampai tergolek! Sambil punggah barang kepala otak aku laju memikirkan lokasi seterusnya kerana dalam senarai, lokasi ni yang last!! Ada kawan aku dulu pernah bercerita tentang kilang air lamned yang agak lama di Kota Bharu ni. Jadi kami sepakat untuk mencari kilang tu walaupun aku tahu peluang untuk jumpa kilang tu amat tipis.. Bersambung...

5 comments:

  1. bro nazrin..muka atak senyumm..mcm udangg..! hai bang..! byk crate tak nk humban kt kawan2 sikit ker..bikin sarang lipas kat kedai aku

    ReplyDelete
  2. Bro Eis.. bleh! tunggu lepas pembahagian harta duluu!! hahahaa..

    ReplyDelete
  3. manyak sinyum.. manyak untung.. manyak botoi woo.. ulang ala ok ka??? hahaha

    ReplyDelete
  4. celikak..punya big coke..hehehe..! kena perli lagi aku..ini udang bela lar..pelan2 kena pancing..pasti kena punya tunggu masa je..mgtbobber crate 7up aku coop dulu..!

    ReplyDelete
  5. Bro Eis.. Crate 7up tu kau kena deal dengan bigcoke! haha!

    ReplyDelete