Friday, July 29, 2011

COCA-COLA LOCAL EMBOSSED ERROR??

Sekali imbas botol Coca-Cola 'otai' ni kelihatan normal tiada cacat celanya. Aku pun tak perasan dalam masa 24 jam pertama aku keluarkan botol ni dari tanah. Setelah dibasuh dan sesi menilik dijalankan, barulah aku perasan kecacatan botol ni, kecacatan yang membuat aku bingung memikirkan macamana botol bercetak kaca timbul ini dibuat sebenarnya.

Setahu aku botol bercetak kaca timbul ini dibuat mengunakan acuan, memang botol ni di buat dengan menuangkan kaca yang panas terus kedalam acuan yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu kiri dan kanan dan tak lama selepas itu bila acuan dibuka maka terjadilah botol ini dan terjadilah jalur acuan pada tepi botol akibat dari penyambungan dua bahagian acuan tadi. Entah korang paham ke tidak aku membebel ni?? Tapi kecacatan pada botol ini yang buat aku pelik.. Kenapa?? Mari kita tengok keanehan botol ni.

Nampak biasa saja.

Tak nampak pelik kan??

Nampak??


Tak nampak jugak??
Biar aku letak anak panah pada botol ni..


Nampak jalur acuan pada botol ni??


Tiada jalur pada tepi perut botol ini.


Sebelah kanan adalah gambar botol 'embossed' biasa. Ketara dapat dilihat jalur acuan pada botol ini, tapi tidak pada botol pelik ni(gambar kiri). Ini kerana jalur botol ini berada di tengah-tengah botol bukannya di tepi seperti biasa.


Jika dilihat dari gambar di bawah ini, jalur acuan pada botol ini melalui bawah tulisan logo 'Coca' dan 'Mark' bermakna tulisan kaca timbul bertindih dengan jalur acuan, mencadangkan yang tulisan logo Coca-Cola pada botol ini dicetak di atas jalur acuan, bermaksud juga setelah siap botol ni dibentuk, barulah tulisan logo itu dicetak pada botol ni. Dua kali kerja?? Mungkin ke macam tu?? Bukan buat sekali harung je ke?? Ini yang aku pelik??!!


Ada penjelasan yang sepatutnya?? Mari semua anda di luar sana tak kira yang kumpul botol atau tidak keluarkan teori masing-masing. Aku sendiri pun keliru! Dah rasa tak tahu apa-apa pulak pasal cara pembuatan botol 'embossed' ni.....

2 comments:

  1. gat,aku rase ko kena buat surat kebenaran untuk sesi lawatan sambil belajar untuk kitorang ke kilang coca cola ataupun kilang yang membuat botol ni.barulah boleh reveal kepelikan yang melanda ni.sebab macam2 version aku tengok cara pembuatan botol ni.tapi jarang la lepas buat botol baru diorang cetak..

    ReplyDelete
  2. zal.. Haha.. Cadangan yang bagus tu! Tapi sekarang dorang dah tak buat botol embossed.. Ni yang aku duk pelik ni tulisan tu tertindih jalur acuan!

    ReplyDelete