Sunday, August 22, 2010

SUN VALLEY CORDIAL.

Semalam aku buka blog Fitri Barang Old Skool terkecur air liur aku tengok posting terbarunya pasal cordial F&N! Hampeh betul kau Fitri, bikin nipis puasa aku! Ni aku nak balas balik kat kau ni!! Jangan marah bro.. aku bergurau je. Sebenarnya sebelum aku buka blog Fitri semalam aku ke stor aku di Kepong. Korek dalam stor sendiri! Dah masuk kotak barang-barang yang aku nak bawak balik akhir sekali aku terserempaklah dengan botol ni kat atas almari lauk dalam stor aku. Aku dah terlupa pasal botol cordial aku ni, dah lama aku simpan. Jadi kebetulanlah semalam Fitri posting cordial F&N, aku pun hari ni posting jugaklah botol cordial ni.

Sun Valley, mungkin ramai yang tak tahu tentang kewujudan botol pati ni dan mungkin juga tak ramai yang tahu yang cordial Sun Valley ni adalah salah satu produk dari F&N Coca-Cola! Kilang F&NCC seksyen 26 Shah Alam yang mengeluarkan cordial ni sekitar tahun 90an dulu. Kalau cordial F&N ni memang tak lari dari trademarknya iaitu botolnya mesti ada hiasan daun-daun embossed. Kenapa kita jarang atau tak pernah lihat botol ni di sini satu ketika dulu?? Ini kerana botol cordial ni di buat untuk pasaran Sarawak dan Sabah. Aku pun tak tau kenapa kat sini tidak di pasarkan atau mungkin aku je yang tak pernah nampak?? Apa-apa pun geng-geng botologi yang duk kumpul botol cordial F&N ni nak kena adalah jugak botol ni untuk melengkapkan variasi botol cordial anda semua. Tapi sayang, aku pun ada sebiji je botol ni, mungkin ada di kalangan ahli botologi yang ada extra botol ni hulur-hulurlah bantuan, kawan-kawan ramai yang nak ni!


SUN VALLEY


Corak-corak daun pada botol.




11 comments:

  1. Sun Valley ni memang kurang popular di semenanjung, orang jaman dulu, kalau beraya mesti nak kena ada FN orange squash,kalau tidak raya tak lengkap, termasuk family aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita...dlu mak sy klu nk msuj bln pose msti beli sirap sun valley. Rasa dlu lg sdp sirapnya dr skrg ni. Yg sy paling suka background pic ni mmg sesuai...pemandangan matahari lembah...rindu botol lama.

      Delete
    2. Sama la kita...dlu mak sy klu nk msuj bln pose msti beli sirap sun valley. Rasa dlu lg sdp sirapnya dr skrg ni. Yg sy paling suka background pic ni mmg sesuai...pemandangan matahari lembah...rindu botol lama.

      Delete
  2. Sun Valley ni famous kat Sarawak, tak silap aku dulu2 Sun Valley jerlah brand yg paling famous, mana ada brand lain. Aku dah tak nampak botol ni kat sana, rasanya dah tukar pakai botol plastik kot. Air oren dia siap ada isi oren lagi, sedap diteguk lepas balik sekolah :)

    ReplyDelete
  3. Aku pun nak carik dalam setor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awk ada lg ke botol sun valley yg lama. Sy suka background picnya...msti tringat masa puasa.

      Delete
    2. Awk ada lg ke botol sun valley yg lama. Sy suka background picnya...msti tringat masa puasa.

      Delete
  4. Ye la Che Mat, FR.. aku tak pernah nampak kat sini, kira special jugak la kan Sarawak & Sabah ni??? heheh!

    ReplyDelete
  5. hahhahaa.. bruntong lerr sape yg dapat tu..

    ReplyDelete
  6. Hahaha! beruntunglah sapa yang dapat botol yang ditukar dengan botol cordial tuu!

    ReplyDelete
  7. frightrice...

    Pinjam ayat ngko ' Sedap teguk ' time berpuasa.... haa..haaa....

    ReplyDelete