Friday, July 22, 2011

'REGD' YANG TELAH LAMA MENGHILANG.

Botol Coca-Cola tempatan bertanda 'Trade Mark Regd' tidak dinafikan merupakan antara variasi yang amat susah untuk diperolehi bagi aku, bukan setakat sekarang malah memang susah aku nak jumpa dari dulu lagi. Sejak kembali aktif memburu botol ni hampir dua tahun barulah botol ni muncul, muncul pun dalam stor sendiri jugak setelah aku buat sesi pembersihan botol di stor aku baru-baru ini. Kondisi botol ini tidaklah memberangsangkan sangat tapi jadilah untuk dibuat rujukan. Kali ini aku paparkan botol-botol Coca-Cola kaca tempatan yang aku ada setakat ini.




Trade Mark Registered bertulisan kaca timbul
dengan perut botol 'Boroi'


Trade Mark registered bertulisan kaca timbul.


Trade Mark Registered.


Trade Mark Regd.


Trade Mark Registered Cont 290 ml 'Double Sided'


Trade Mark Registered Cont 290 ml
bertulisan cina pendek di belakang.


Trade Mark Registered Cont 290 ml
bertulisan cina panjang di belakang.


Trade Mark Registered Cont 285 ml.


Trade Mark Registered 285 ml.


Tanda Perniagaan Berdaftar, Isi 285 ml.


Bottle and Trade Mark Regd. 'COKE', Isi 285 ml.


Bottle and Trade Mark Regd. 'COKE'
Label merah tiada riben (Red Lable, no ribbon).


Tanda Perniagaan Berdaftar, Isi 285 ml
tiada riben belakang bertulisan Cina.


Tanda Perniagaan Berdaftar
(Untuk Minuman Sahaja, Isi 285 ml).


Tanda Perniagaan Berdaftar, Isi 285 ml.


Tanda Perniagaan Berdaftar
(Untuk Minuman Sahaja)
Tiada tulisan 'Coke' dan tengkuk botol lebih tegak.

Setakat ini aku ada enam belas biji sahaja dari botol kaca Coca-Cola tempatan ni. Mungkin ada lagi yang aku belum ada yang ahli botologi di luar sana ada, tidak mustahil kerana botol soda Malaya kita ni sentiasa memberi kejutan. Ini yang membuatkan koleksi botol soda Malaya kita ni menarik! Mungkin nanti ada lagi variasi lain akan muncul?? Kemugkinan tu sentiasa ada.

8 comments:

  1. Bro! terima kasih atas info menarik ini, adakalanya sama tidak serupa, sangat menarik! Terima Kasih!

    ReplyDelete
  2. iaryylr.. takde hal lah, mana aku ada aku kongsi-kongsilah bro.. kalau kau ada lagi yang lain yang takde kat sini kongsi-kongsi lah..

    ReplyDelete
  3. bila la en mat nak complete neh....

    ReplyDelete
  4. hari tu 290 ml dah berdarah.... yg ni REGD tak tau apa nak berlaku la pulok....

    ReplyDelete
  5. Kalau yang berdarah dah jumpa, yang luka ringan ni dah tak lama la tu..

    ReplyDelete
  6. wangseggetjb.. memang best botol soda Malaya!

    ReplyDelete
  7. Kalau REGD ada extra, kasi pm ya

    ReplyDelete