Sunday, July 15, 2012

EKSPEDISI MEMBURU BOTOL DI PERAK EPISOD 1

Tahun lepas dalam bulan puasa aku mendapat info tentang botol codd yang tertanam di dalam tanah dan perlu dibongkar di Perak. Apalagi aku dan geng-geng Botologi yang lain mengatur rancangan untuk kesana. Amir mencadangkan alang-alang pergi korek botol apa kata kita terus buat dokumentari memandangkan dia sendiri mempunyai kamera yang sesuai untuk tugasan sebegini. Sampai pada hari yang dijanjikan aku bersama kawan-kawan iaitu Adi Giant, Sham dan Amir terus bergerak ke Ipoh. Dalam perjalanan Amir mula merakam proses ekspedisi ini.

Adi Giant(kerana saiznya yang mencapai 6 kaki lebih!)
 salah seorang kawan yang kami rekrut untuk tugasan memburu botol kali inI


Amir mula merakam papan tanda di lebuhraya.



 Proses perjalanan dirakam oleh Amir


 Sampai di Perak aku tidak melepaskan peluang untuk meredah bangunan lama yang ada di sana. Mana la tau kot-kot ada botol terselit dalam bangunan lama ni.


Bergambar dihadapan bangunan lama yang aku tak tahu
bangunan rumah kedai ini menjual barangan apa pada masa dahulu.


Pemandangan di dalam bangunan, agak mengerikan..


Di salah sebuah bangunan lama rumah kedai yang masih beroperasi.


Pagar yang mempunyai papan iklan besi Kickapoo.
Dipercayai bangunan ini dulu adalah kilang air soda Kickapoo


Sampai dilokasi korek kami disambut oleh bro Halim. aku dan Amir perlu merancang dengan teliti untuk memastikan proses mencarigali dan proses rakaman berjalan lancar.


Halim memberi pos yang menarik!

Setelah memasuki kawasan mencarigali kami dapati banyak kaca-kaca dari spesis botol Codd berselerak di kawasan ini maka proses rakaman dimulakan. Kita ikuti episod seterusnya botol-botol yang menakjubkan yang telah kami gali keluar dari tanah.

Proses rakaman dimulakan di lokasi mencarigali.
Bersambung...

1 comment: