Kita cerita-cerita pasal botol-botol 'ringan-ringan' dulu, santai-santai dulu, lepas-lepas ni baru kita cerita botol-botol hardcore, bak kata Che Mat, botol berdarah!!
SunDrop, salah satu botol soda local berperisa oren
yang wujud di era 80an dulu,
tak berapa glamer kat semenanjung ni
kerana brand ni glamer kat Sabah dan Sarawak
Brand ni dikeluarkan di bawah lesen Greenspot
sebab tu kalau korang tengok botol 1st tu sebijik
Brand ni dikeluarkan di bawah lesen Greenspot
sebab tu kalau korang tengok botol 1st tu sebijik
macam Greenspot, cuma tampal logo Sundrop je..
Botol no. 1 dan 2 tu bentuk sama, bentuk botol Greenspot 285ml..
Sundrop ni di botolkan di kilang Greenspot Tuaran(Inanam), Kota Kinabalu, Sabah..
yang kecik sekali tu di botolkan di Batu Kitang, Kuching, Sarawakdan semua botol2 Sundrop ni di keluarkan dari
kilang di semenanjung ni dari JG glass, Klang dan KL glass P.J.
Semua botol ni aku dapat kat sini, mungkin dulu ada jugak masuk kat pasaran pantai barat ni, kalau kat pantai timur memang takde langsung.
Setakat ni aku baru dapat 4 jenis, botol ni tak lah menarik sangat tapi tetap cun di simpan kerana apa?? kerana Sundrop ni botol soda dalam pasaran local..
Kepada geng-geng botol yang ada lebih info lagi pasal botol ni kongsi-kongsi la..
Betul tu bro, dulu diaorg under Green Spot (Borneo Berhad), establish 30 Dec 1957. Pada tahun 1987 diaorg tukar nama jadi Sundrop. Jadi yg pernah minum Sundrop akan berkata eh, mcm rasa Green Spotlah, memang Green Spot pun :)
ReplyDeleteKalau ada yg cuba carik lagi kat Kuching, botol2 ni semua dah pecah lebur direcycle, rasanya mereka dibunuh beramai2, lenyap sama sekali, kesian... kes diaorg ni sama mcm kilang National Aerated Water kat PJ, botol bertimbun2. Skg nak carik sebijik pun susah.
ReplyDeleteYa bro, betul tu.. Thanks..
ReplyDeletebro FR, ingatkan orang kat Bosnia je ada ethnic cleansing, ropa ropanya botol kat Malaysia pun ada ethnic cleansing gak he he he
ReplyDeleteHahahaha... ethnic cleansing, berair mata saya En Mat, hahaha.
ReplyDeleteTak sabar nak tengok ethnic mana lagi yg berjaya diselamatkan oleh saudara Mgt.
Aku dah tak banyak ethnic lg dah, dah banyak orang selamatkan dari aku ada la!! haha!! tunggu la posting terbaru aku nnti, aku cerita VARIASI botol yg tak disangka2 wujud tp mmg wujud!! hehehe!
ReplyDeletewah semakin rancak isu sundrop nie, semakin menarik!
ReplyDeleteassalammualaikum..
ReplyDeletesya azura dr RTM..
boleh tak kalau sya nak dapatkan contact no encik untuk di interview sikit mengenai botol soda yang encik tunjukkan ini..
Ada info tak tentang botol brand Purdy...katanya produk dari Green spot juga...
ReplyDelete