Kalau botol plastik logik lah kemek.. tapi botol kaca boleh kemek ke??
Ni lah salah satu antara penemuan pelik sepanjang pengalaman aku memburu botol..
Kalau botol ni di jumpai di kedai antik atau mana-mana pasar karat mungkin jugak botol ni telah di cacatkan dengan cara tertentu(kalau ada cara la) oleh pemilik untuk menampakkan botol ni lebih unik dan seterusnya dapat menjual dengan harga yang tinggi kerana botol ni botol 'error'.. tapi masalahnya aku dapat botol ni dari dalam guni yang dah tertanam separuh lebih kurang 7 tahun lepas di sebuah kampung yang terkenal dengan gelaran kampung botol di pantai timur..
Jadi apa hal dengan botol ni?? kenapa boleh jadi kemek? aku pun tak pasti.. sebenarnya botol Coke tahun 67 ni pun bukan yang berasal dari sini, bawah logo Coca-Cola tertulis TradeMark Registered, bawah ada lagi tulis Bottle Regd Trademark, sebelah belakang Trademark Regd bawah Contents, kira depan dan belakang dua baris.. ntah dari mana pun aku tak pasti, mungkin dari Indon, Thailand, Philipine atau mana-mana negara serantau.. Entah-entah orang bawak balik dari Mekah!! Dah banyak botol dari luar negara aku jumpa kat sini, korek tanah pulak tu, ada yang aku jumpa botol berasal dari tempat sejauh Bangkok(7up buih 285ml) dan jugak Jeddah(Mirinda M botol pertama) ada kesempatan nanti aku upload gambar.. Berbalik kepada botol Coke kemek ni memang aku betul-betul hairan kenapa boleh jadi macam ni.. Nak ikut logik benda macam ni boleh terjadi semasa proses pembikinan je, cerita otroman pun masuk special effect sebelum di tayangkan, ni kan pulak botol!! Tukang jaga kualiti botol ni mabuk soda ni aku rasa masa tu, tu yang terlepas botol cacat ni kat pasaran masa tu!! hehehe..
Apa pendapat korang?? meh-meh cerita!! hehehe...
bro, tak silap aku botol boleh dikemek berbagai bentuk pakai suhu tinggi, contoh botol spiral yg org thailand banyak buat utk souvenir tu, mungkin juga botol ni terkena panas mana2. hai, pandai2 jer theory aku ni, hehehe...
ReplyDeleteBro FR.. Tak dinafikan suhu panas boleh melembikkan kaca apa lagi melembikkan kau! haha.. tp kalau suhu panas sampai lembik kaca tu knapa plak tulisan tu tak terjejas?? teori aku, botol tu dah error masa kat kilang lg.. sblom print, tu la aku ckp tukang QC botol tu mabuk soda!! hahahaha!!!
ReplyDeletehahaha, biar lembek jgn lembut jer.
ReplyDeletebetul jugak tu bro, theory kau mungkin betul. kalau tak suka bagi aku jerlah botol ni, hehehe...
bro..dalam tanah ada botoi, dalam botoi ada apa???...haa..haaa...hang bubuh garam skit bro...
ReplyDeleteDalam botol ada jin la!! haha!!
ReplyDeletedalam botol ada air coke la bro ft3, tapi kalau takda air coke mungkin minyak kelapa dari sitiawan he he he , ha ha ha ,ho ho ho
ReplyDeleteaku rasa itu minyak urut tu....botoi kan keras...haahhhhaaaa....
ReplyDeletePenangan runner tersohor.. tersohor dengan menipu!!!
ReplyDelete