Wednesday, November 17, 2010

KINTA AERATED WATER CO. 200ML.

Sebelum memulakan posting terbaru aku ni, ingin aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua.. Sekarang aku berada di Kelantan, beraya sambil jember botol!!

Kinta Aerated Water Co. Ipoh, satu jenama yang tersohor di kalangan para pengumpul botol atau geng-geng botologi. Sebut saja jenama botol ni semua tahu bagaimana rupa botol ini yang biasanya merupakan botol guli(Codd). Botol guli Kinta ni aku pernah dapat lebih sepuluh tahun dulu. Selama itu jugalah aku tak pernah lihat botol Kinta ini dari jenis botol yang lain sehinggalah baru-baru ini di Kelantan. Proses mencarigali tempoh hari mendatangkan hasil yang cukup memberangsangkan iaitu muncul botol Kinta ini dari tanah yang bersaiz 200ml. Itulah kali pertama aku menatap botol Kinta ini dalam bentuk botol soda biasa. Ciri-ciri botol Kinta yang cukup sinonim dengan logo air pancut(Fountain) dapat dilihat pada botol yang berkaca hijau ini. Apa yang menarik tentang botol ini bagi aku adalah saiznya yang kecil(200ml). Tidak kira dari jenama apa sekalipun, botol yang berkapasiti 200ml sebegini amat jarang kita lihat, lebih-lebih lagi botol bercetak kaca timbul atau 'embossed'. Aku pasti 'collector hardcore' di luar sana memiliki botol yang berlainan saiz atau bentuk dari jenama ini. Menjadi lumrah pencinta botol soda jika telah menjumpai botol dari jenama tertentu maka pemburuan untuk botol yang bersaiz atau berbentuk berbeza dari jenama itu pasti berlaku, begitu jugalah pemburuan botol Kinta yang bersaiz 400ml pula menjadi idaman aku. Aku bersama kawan-kawan seperjuangan yang lain telah bertekad untuk memburu seberapa banyak botol-botol yang 'lazat-lazat' sebelum berakhirnya tahun 2010 ini. Beberapa lokasi telah dikenal pasti akan menjadi 'mangsa' kami tidak lama lagi. Kita tunggu dan lihat apakah botol soda yang bakal diperolehi untuk menjadi penutup tahun 2010 ini.

Kinta Aerated Water Co.






7 comments:

  1. bro,aku nak tatap gambar botol ni lama2 boleh?stim sangat tengok bah,hahaha

    ReplyDelete
  2. Semakin panas nampaknya arena pengKintaan, harap2 jangan ada yang sampai panas hati :) Keep on hunting Messrs. Mgt!

    Siapa ada gelas Kinta?

    ReplyDelete
  3. blur.. tatap bro jangan tak tatap.. jangan stim sampai buat point sudah!! hahahahaaa...

    Bro FR.. Kinta dah memang panas bro!! hahaa.. siapa ada gelas Kinta..?? satu soalan yang bagus..!!

    ReplyDelete
  4. bro megat,had sempadan point tetap ku patuhi.tak dapat miliki botol kinta ni,tapi hati dah cukup gumbira dapat menatap.

    bro FR,mmg soalan bagus...kalau siapa ada boleh jadi GLASSDOTDOTDOTDOT ker?hahaha.

    ReplyDelete
  5. empat huruf yg berpuaka,nanti ada masa aku posting dalam blog aku pasal GLASSDOTDOTDOTDOT
    .

    ReplyDelete
  6. Panas nanti, jgn main2 beb! Lariii...

    ReplyDelete