Friday, December 10, 2010

FRASER & NEAVE N.V. EMBOSSED 400ML.

Fraser & Neave satu jenama yang amat tersohor dalam pasaran air berkarbonat dan turut mendapat tempat yang teratas dalam arena pengumpulan botol soda lama oleh ahli-ahli botologi tempatan. Antara versi F&N yang paling diminati ialah yang bercetak kaca timbul(Embossed) kerana penampilannya yang unik dan mendapat harga yang menarik dalam pasaran botol soda tempatan. Bab kata beli hari ni besok dah dapat jual untung. Akan tetapi untuk mendapatkan botol F&N embossed ini bukan suatu yang mudah jika anda adalah ahli memburu botol. Tempat-tempat yang tak terusik yang sememangnya amat 'oldschool' barulah mempunyai potensi untuk menjumpai botol F&N ini. Itu pun kalau anda pandai memilih tempat atau 'spot' untuk digali. Jika amat bernasib baik, botol ini sudah tersedia ada di dalam peti kayu atau guni yang digali tidak sampai satu kaki.

Fraser & Neave N.V.
Paparan aku kali ini adalah dari botol F&N embossed juga, tetapi amat lain dari yang selalu aku dapat. Ini adalah kerana cetakan kaca timbul logo tulisan 'Fraser & Neave' dan logo Singa pada botol ini amat besar diikuti dengan bulatan bujur(Oval) mengelilingi logo F&N. Sekali pandang botol ini seperti logo F&N cordial embossed. Terdapat tulisan 'N.V' pada bahagian bawah logo singa ini yang masih menjadi tanda tanya. Botol ini juga lebih berat dari botol seangkatan dengannya yang menunjukkan ia mempunyai kaca yang lebih tebal. Mungkinkah botol ini berasal dari negara jiran?? Jika dari negara lain sekali pun pasti ia dari rantau asia atau hanya dari rantau empayar F&N sahaja, dan merupakan salah satu variasi botol F&N yang perlu kita ketahui, tapi apa yang lebih unik mengenai botol ini adalah ia mempunyai tarikh pembuatannya yang dicatatkan pada tapak botol ini iaitu bertarikh 1928. Walaupaun tidak setua botol guli(codd) dek kerana tarikh yang tertera itu membuatkan aku merasakan botol ini amat tua sekali iaitu sewaktu zaman penjajahan british di Malaya dahulu dan bayangkan apa ada di Malaya pada ketika itu. Mampukah penduduk tempatan pada waktu itu merasa air soda dari botol ini?? Aku rasakan hanya beberapa orang saja yang mampu atau bernasib baik mendapat peluang meminum air dari botol ini. Logo syarikat pembuat botol ini juga tertera pada bahagian tapak botol ini iaitu 'W.B & S LTD' yang kebiasaannya tertera 'WM Barnard & Son Ltd London' pada botol F&N embossed yang aku perolehi sembelum ini. Sememangnya botol F&N ini amat menarik bagi aku dan jenama F&N ini antara jenama botol yang mempunyai paling banyak variasi yang menarik yang sedang menunggu kita untuk dibongkarkan.



Tertera: W. B & S LTD 1928


Tiada apa-apa tulisan dibahagian belakang botol ini.

3 comments:

  1. Amboi, panas botol kau ni... its f&%#in cun bro!!! Adhoooi, jeles aku tengok, boleh menggigit betis singa ni :)

    ReplyDelete
  2. bro, jgn gigit betis.. baik gigit tekuk singa tu.. hehe

    ReplyDelete
  3. Hehehe.. jangan bro.. singa jantan tuu!! hahaa!

    ReplyDelete