Wednesday, December 29, 2010

XPDC MEMBURU BOTOL PENUTUP TIRAI 2010 PART 1

Salam semua geng-geng botologi, di harap kalian dalam keadaan yang ceria, aman dan damai hendaknya. Dah lama aku tak posting ni kerana kesibukan kerja dan mermacam-macam urusan lagi lah, termasuk juga sibuk memburu botol!

Beberapa hari yang lepas aku dan seorang geng botologi yang cukup rakus dalam arena botol soda ni telah kembali ke lokasi penemuan botol di Pantai Timur tempoh hari kerana kami mendapat tip yang cukup memberangsangkan dan boleh dipercayai. Tiada perancangan dibuat sebenarnya untuk memburu botol kali ni tetapi tiba-tiba je aku dapat 'bau' terus kami bergerak macam esok dah nak kiamat! Kawan-kawan yang lain pun tak sempat kami kerah kerana masa yang terhad dan mereka pun sibuk dengan urusan masing-masing. Ni kira 'job' terkejut la ni!
Sampai di lokasi pada mulanya kami agak sangsi dengan bentuk muka bumi di situ, memang aku sendiri tak biasa dengan keadaan di mana tiada tanda-tanda khusus tentang kewujudan botol di tempat ini suatu ketika dulu. Cuma yang menguatkan keyakinan kami ialah aku diberitahu yang lokasi ni dulunya tempat menyimpan botol, tapi dah tak tau berapa kali banjir dah tempat ni maka keadaannya agak mencurigakan aku. Lokasi ni hanya beberapa meter dari lokasi dulu yang aku dan kawan-kawan mendapat botol-botol yang tahap antik. Setelah aku amati kawasan ni ternyata beberapa jenis senjata perlu kami gunakan. Mari kita layan gambar-gambar yang ada dari kamera pinjam dengan kawan aku yang bermurah hati, kalau dia tak tolong takde la gambar-gambar untuk tatapan kita semua! Terima kasih bro!

Senjata yang digunakan: Cangkul dan parang.


Dek kerana aku ni memang teramat pandai menggunakan cangkul maka terkeluarlah botol yang agak 'oldschool' dari tanah. Dengan botol-botol sekali aku cangkul! Botol Coke Malaya nombor dua pulak tu!




Sebelum aku cangkul, hidup lagi botol Coke nombor dua ni..
Sekarang dah arwah..



Botol Coke yang aku percaya botol nombor satu Malaya juga arwah..


Spesis 400ml pun ada, tapi hayunan cangkul kawan aku tu lagi hebat!
kau lagi terer konon!!


Tapi yang menariknya botol Coke embossed pun muncul juga walaupun dah arwah kerana sebab-sebab yang aku tak pasti, samada aku yang pancung atau memang dah arwah dari dalam tanah lagi..

Coke embossed.. Arwah..
Memang menarik kerana dah lama aku tak dapat botol Coke Embossed dari dalam tanah ni. Posting kali ni berhenti di sini dulu. Kita lihat nanti apa yang aku dan teman aku ni dapat lagi besok.. Adakah muncul lagi botol Coke embossed?? atau spesis-spesis botol terancam lain?? Bersambung...

5 comments:

  1. Saspen! Saspension! Saspensious! :)

    Adhoooiii sayangnya bro. Ini disebabkan kes kerakusan menggali la ni, hehehe.

    ReplyDelete
  2. Tu la pasal.. sbb tak tau nak mula kat mana bro.. main hentam je!

    ReplyDelete
  3. sayangnya bro megat.. kena bawa berus, kepung kawasan dgn tali, korek pelan2 mcm org arkeologi cari artifak tu.. hehe..

    ReplyDelete
  4. BR.. memang kalau ikut procedure betul kena buat mcmtu.. heheh..

    ReplyDelete
  5. Bro , memang menarik! memang menarik!

    ReplyDelete