Tuesday, June 14, 2011

JALAN-JALAN JEJAK BOTOL SAMBIL MAKAN EPISOD 2.

Kedai makan 'oldschool' yang dimaksudkan tak lain tak bukan restoran Hover. Setelah meredah kesesakan lalu lintas selama hampir sejam setengah, sampailah kami ke kedai makan nasi padang ni. En. Mat dah tak sabar-sabar nak 'membelasah lauk pauk yang menyelerakan disini. Salah satu lauk yang terkenal disini ialah ayam kampung goreng! Memang sedap!! Apa lagi.. 'order'!!



Teh o ais menjadi kegemaran aku disini.
Tak tau la apa yang diletaknya jadi sedap sangat ni!
Salah satu sebab ialah kerana penggunaan gelas kaca.

Gambar teh ais ni memang 'leleh' kalau dilihat masa tengah puasa!

Ayam kampung goreng! Sedap woo!!

Disulam pulak dengan daging 'dendeng'
serta kuah gulai kawah! Perrghh!


Selepas makan sampai berpeluh dan 'asyik' menyaksikan cara pakcik kedai ni mengira dengan lajunya tibalah masanya untuk bergerak ke lokasi kedua. Lokasi rumah makcik yang cakap di rumah dia ada banyak lagi botol-botol lama siap ada air lagi! Setahun aku mengelamun pasal rumah makcik ni, baru sekarang ada peluang! Setelah sampai ke kedai makcik tu aku terus mengadap dia dan cakap yang aku pernah datang dulu bertanya pasal botol, dia ingat lagi aku rupanya! Waah!! nak sampai jodoh dah kami bertiga kali ni! Kebetulan adik kepada makcik tu ada di kedai tersebut terus dia mengajak kami ke rumah kakak dia ni.

Perjalanan agak jauh juga dari kedai makcik tu, masuk jauh ke dalam kampung. Tersilap tak hafal jalan mau tak balik rumah! Dalam dua puluh minit perjalanan maka kami sampai ke lokasi yang diidamkan aku ini lebih setahun yang lalu. Nazrin nampaknya mendahului aku dan en. Mat. Memang tak sabar dah dia tu!!


Kedai runcit ni dari awal lapan puluhan lagi
mengikut kata pakcik tu. Memang 'oldschool habis!
Nampak tu Nazrin dah tak sabar-sabar tu??

En. Mat tak sabar-sabar nak tengok apa ada dalam kedai
runcit lama ni! Sabar en. Mat! Dalam tu takde apa-apa,
kita nak tengok botol ni kat belakang kedai!

Apabila aku sampai je ke 'ground zero'.... ternyata pemandangan yang aku lihat memang meremang bulu tengkuk! Aku ingat mata aku 'main-main' je dengan aku! Penantian selama setahun berakhir di situ.. Biar gambar ini saja menceritakan segala-galanya.....



Memang adatlah memburu botol ni, kita takkan tahu botol jenis apa yang menanti kita di hadapan. Lain di fikiran kita lain pula di fikiran orang. Tak boleh nak salahkan makcik tu juga sebab fakta yang makcik tu bagi agak tepat sebenarnya. Dia cakap botol lama, botol ni memang dah lebih sepuluh tahun, memang lama la! Dia cakap banyak, memang banyak la kalau dah lebih sepeti! Dia cakap lagi ada air, fakta ni aku agak 'confuse'!?? Tapi memang ada air pun dalam botol tu! Air hujan!! Adoyai!!

Dah la makcik.. tiba-tiba je perut kami ni mula berkeroncong balik! Keroncong 'frust' namanya! Nasib baik la pagi tadi en. Mat dah pulun botol setengah dozen! Tak la ketat sangat muka dia! Masuk kereta terus tuju ke bandar. Aku nak bawak en. Mat ke kedai 'chicken chop oldschool' pula. Tak lain tak bukan restoran Sun Hua! Kalau anda nak tahu, restoran ni terletak di belakang pasar besar Kota Bharu saja, tak jauh dari bulatan 'Jam Besar'. Tanya je orang kat kawasan tu mesti tau punya!


Kedai-kedai lama di sekitar restoran Sun Hua.
Memang 'asyik' bila kita minat benda-benda lama dan sejarah.

Pandangan di laluan kedai-kedai lama.

En. Mat 'berposing' di depan restoran Sun Hua
sambil melayan suasana yang agak 'oldschool' disana.

Mari kita lihat 'menu board' di restoran ini.
Coke beb! Dulu Coca-Cola la yang 'sponsor' ni.

Mana ada 'Cherry Coke' dah sekarang??

Nah ni dia 'chicken chop' lemak berkrim!
Kali ni 'cooky' letak telur mata laa!! Pehh!!

Cicah pula dengan roti bakar ni!

Kena pulak dengan teh o ais gelas kaca!!


Mak aii!! Nikmatnya!!

Licin!

Fuhh! Memang sedap kata en. Mat!
Lain kali memang sah datang lagi!

Tak cukup dengan kuah, dengan teh ais pun jadi ya en. Mat!??

Memang sedap dan mengenyangkan! Sementara 'menjemur perut', kami berbincang tentang lokasi seterusnya. Hari pun dah petang, masa dah tak banyak maka kami membuat keputusan untuk ke lokasi kilang lama yang aku dan geng-geng botologi yang lain dapat botol-botol tahap antik dulu. Bagi en. Mat rasa bahang 'perkuburan' botol lama yang masih wujud dalam tahun 2011 ini.

Sampai di lokasi aku terus cari tauke. Tapi tauke takde. Pergi ke KL kata pekerjanya. Jadi mula-mula aku bawa en. Mat 'tour' kilang membuat air soda ni dulu. Bagai membawa menteri melawat kilang aku rasakan!


Botol-botol yang telah siap diikat.

Yang sedang menunggu untuk di'jerut'!

Askar-askar air lamned kampung berdiri gagah!

Inilah mesin yang digunakan untuk mengisi air soda ke dalam botol.

Air soda yang telah siap dibancuh dan
dimasukkan gas, diisi ke dalam tangki-tangki ini.

Bro Mukhlis yang menjadi orang kuat
di kilang ini memberi aksi yang agak berahi!

Setelah selesai memberi 'menteri' kita ini satu lawatan intensif maka sudah tiba untuk jejak-jejak kembali saki baki botol yang ada nun di ceruk kilang ini. Nantikan episod akhir. Bersambung..

4 comments: