Agak lama benar aku tak bersiaran dalam blog ni kerana sibuk dengan kerja. Tahun ni memang langsung tiada aktiviti 'jember' botol sehinggalah baru-baru ini aku berpeluang untuk balik ke kampung di Kota Bharu kerana ada urusan keluarga di sana. Kebetulan pula bro Nazrin pun balik juga ke Kota Bharu atas urusan keluarga juga. Apalagi, aku pun acah En.Mat 'headmaster Coca-Cola' kita untuk ikut ke Kota Bharu, manatau ada rezeki untuk En. Mat kita ni, apalagi aku pun tumpang sekaki la kalau dia dapat barang. Maka en. Mat berjaya juga mengambil cuti beberapa hari untuk ke negeri Cik Siti Wan Kembang, nak merasa masakan Kelantan katanya. Jadi ekspidisi kali ini adalah untuk menjejak botol sambil makan!
Setelah sampai di Kota Bharu tempat yang kami tuju dahulu adalah kedai makcik yang ada jual air tuak, dalam ekspidisi dulu ada aku paparkan warung makcik ni. Masakan makcik ni boleh la tahan sedapnya,selain dari tu aku nak menuntut botol-botol kat rumah makcik ni sebab dulu dia cakap ada banyak lagi botol-botol di sana. En. Mat kita tak melepaskan peluang untuk merasa sarapan pagi yang pertama di Kota Bharu..
Kuih-muih di pagi yang indah.
'Nasi berlauk' gulai ayam dengan sambal belacan
ni pulak menjadi habuan aku. Perrghh! memang sedaapp!!
Setelah sarapan pagi, lokasi pertama kami ialah menjejak kembali salah satu lokasi kedai lama yang menjadi ejen minuman ringan tetapi telah tutup hampir tiga dekad yang lalu. Saja singgah lagi manatau ada botol yang terpancul keluar di sergah En. Mat!
Masih banyak botol-botol yang kami tinggalkan dulu.
Untuk orang belakang kata Nazrin!
Untuk orang belakang kata Nazrin!
Nampak gayanya orang belakang yang kami tinggalkan botol-botol ini tak lain tak bukan En. Mat kita juga! Di koreknya bertalu-talu di kawasan sekitar dan bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan! Mari kita lihat hasil penemuan En. mat yang pertama di Kota Bharu.
Botol Coca-Cola tulisan putih antara yang terawal diperolehi.
Botol yang jarang kita lihat di Pantai Barat sekarang,
Coca-Cola label Merah tiada reben muncul
setelah digali En. Mat. Satu habuan yang
menarik ketika perut masih kenyang ni.
En. Mat sedang mengenal pasti jenama 'fat bottle' yang dijumpainya.
Dapat agak ke jenama apa En. Mat??
Nah! Kalau nak tengok En.Mat kita 'menjember' botol, inilah dia. Amat jarang sekali kita berpeluang untuk melihat En. mat kita beraksi! Kira anda semua bernasib baik kali ini!
Kena sergah pun tak sedar dah tu!
Askar soda tawanan En. Mat. Agak lumayan kerana
terdiri dari botol-botol Coca-Cola label merah tiada reben!
Macamana En. Mat?? Datang Kelantan terus dapat!!
Tin alumunium yang dijumpai Nazrin, 'Real Power'.
Tak pernah jumpa lagi spesis ni walaupun
aku tau tin ni tak la berapa lama sangat.
Tidak ketinggalan peti kayu yang semakin pupus sekarang,
dari jenama Coca-Cola. Melompat En. Mat dapat ni walaupun
hanya cebisan! Ni lah kalau dah minat, cebisan reput pun kebas!
Setelah berpuas hati dengan hasil di pagi hari, maka 'harta karun' ni dipunggah kedalam kereta. Sedar tak sedar beberapa jam juga kami di lokasi pertama ni. Baru je sarapan rasanya tapi perut dah berkeroncong! Apa lagi, ke kedai makan kesukaan aku dan Nazrin. Nak perkenalkan kedai 'oldschool' ni pada En. Mat sebelum meneruskan jejak botol ke lokasi lain. Bersambung..
ingatkan angkut smua botol2 tu...
ReplyDeletemcm cari harta karun plak...
Satu lori pun tak muat botol-botol tu semua Miss! Hehe!
ReplyDeletebanyak tu..mintak sikit
ReplyDeleteAda bro untuk kau.. Jangan bimbang.. Nanti aku free sikit aku pos.
ReplyDeletesalam kunjungan... akhirnya... ada jugak entri yg baru sbb dh lama tunggu...he3
ReplyDeleteNurul Iman.. sibuk keja pulak tahun ni, ni baru ada masa sikit pegi memburu botol.
ReplyDeletebro,khusuk betul en.mat tu korek botol yer,hehehe.
ReplyDeleteBro BG.. aku pun terpegun!!
ReplyDeletesalam boh... dulu masa ambe kecik2 ada byk simpan botol tp sayang sumer dh jual dkt keling botol. masa tu x ingt mende doh, dalam kepala ingt nok pitih jer... hu3 sayang2 sumer dh xder lg.
ReplyDeleteDakpe ah boh.. kalu jupe gi, ejah-ejah ah sepeti due.. mane tahu nok buleh rezki.. hehe..
ReplyDeletewah! En Mat Beraksi!, Syabas Bro Mgt dengan berita yang menarik ini!
ReplyDeleteiaryylr.. tq, ada dua episod lagi ni.. hehe..
ReplyDeletecun bro...blh sambung lu punye movie aritu....bila nk di dvd & di edarkan?
ReplyDeletewangseggetjb.. Balik hari tu tak sempat nak shoot video bro.. dah shoot tapi sampai kat lokasi kamera habis bateri! hehee..
ReplyDeleteWow...bestnya
ReplyDelete