Wednesday, September 15, 2010

NATIONAL AERATED WATER ORANGE JUICE.

Setelah beraya dalam keadaan yang sederhana tahun ni, tibalah masa untuk duduk balik di kerusi depan computer ni. Internet pun dah ok kat rumah ni, dah tak payah kalut nak ke cyber cafe bila nak posting. Diharap anda semua pun telah beraya dalam keadaan yang sempurna dan gembira bersama keluarga dan sanak saudara.

Hari ni aku nak tunjukkan botol dari jenama yang cukup glamer di Malaya ni masa dulu dan glamer juga di kalangan ahli-ahli botologi sekarang iaitu botol National Aerated Water Co., Ltd. Kebanyakan ahli botologi mesti ada botol dari jenama ni. Yang aku paparkan ni merupakan salah satu dari variasi botol National yang aku dapat dari Kelantan sewaktu ekspidisi ke Pantai Timur hari tu. Ini kali pertama aku menatap variasi botol National yang tertera 'Orange Juice' dan ada grafik buah limau. Lambang burung merak terletak di bahagian atas berasingan dengan lambang seperti logo polis Amerika tu(yang terdapat pada botol embossed). Ahli botologi hardcore di luar sana mesti ada model buah limau National ni, nak pulak yang 400ml kerana yang aku ni yang bersaiz 200ml. Kondisi botol ni tak berapa elok tapi cukup baik untuk memberi informasi tentang botol soda Malaya kita yang memang hebat ni.


National Aerated Water Co., Ltd.



Tertera: Made From Juice Of Fresh Oranges-Cloudiness & Deposit From Fruit.

2 comments:

  1. bro, terlior lak aku tgk buah oren tu.. hahahha~

    ReplyDelete
  2. Kau terliur nak balik sebenarnya tu!! hahahahaaa..

    ReplyDelete