Dengar nama saja aku rasa dah cukup cemas! Sinalco N.V. Dainang! Betul-betul lain macam bunyinya. Tetapi botolnya sama saja dengan botol Sinalco yang lain, cuma nama je yang berbeza kerana botol ni berasal dari jiran sebelah kita iaitu Indonesia. Aku ni kumpul botol-botol tempatan je pada asalnya tapi bila lihat botol-botol dari negara jiran kita ni lebih kurang je potongannya maka aku pun terpikatlah juga untuk menyimpan botol soda lama ni bagi menambahkan lagi variasi sesuatu jenama botol dalam koleksi aku. Botol Sinalco N.V. Dainang namanya ni mungkin nama tempat botol ini dikilangkan dan diedarkan untuk pasaran Indonesia, macam botol Sinalco Batu Kitang, Sarawak lah. Tak banyak perbezaan pada botol ni berbanding dengan botol kita, cuma tertera N.V Dainang, Indonesia dan 250 CC. Apa-apa pun kira bolehlah botol ni pada aku, bikin 'menyemak'marakkan lagi rak botol aku di dinding!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment