Tuesday, September 28, 2010

F&N CROWN CAP.

Dulu masa kecik-kecik tentu kebanyakan dari kita mesti pernah main tudung botol. Lima keping tudung botol dipulas, jentik, timbang atas tangan, lambung dan tangkap, lepas tu kira markah, ada sampai beratus-ratus markah, beribu pun ada! Siapa markah paling banyak kira menanglah..! Tak disangka-sangkalah pulak bila dah dewasa ni terjebak dengan kumpul botol, termasuklah juga tudung botol. Kalau dulu main tudung botol ni paling selalu yang aku dapat adalah tudung botol Coca-Cola dan F&N! Ye lah, jenama popular, laris di pasaran, senang la dapat tudung!

Kali ni aku nak berkongsi dengan anda semua koleksi tudung botol F&N aku yang tak berapa banyak ni. Tudung botol ni aku tak pernah nampak dan main masa kecik-kecik dulu sebab ia jauh lebih tua dari umur aku dan model-model yang aku ada ni mungkin dari zaman nenek aku masih anak dara lagi tak pun dalam pantang! Yang peliknya, dulu tak pernah nampak tapi sekarang pulak boleh dapat! Ye lah, dah cari, dah mahu maka seribu dayalah sampai dapat. Tapi tudung-tudung ni tak sampai hatilah aku nak pulas, jentik, timbang dan lambung!!


F&N SODA


F&N SARSAPARILLA


F&N ORANGE CRUSH


F&N CREAM SODA


F&N COFFEE CREAM

No comments:

Post a Comment