Tuesday, November 9, 2010

POH SIEW TAIPING CAP UDANG.

Botol soda ni aku tak pernah dengar atau lihat lagi kewujudannya sehinggalah pada awal tahun ni ada seorang teman menceritakan perihal kewujudan botol ni pada aku, akan tetapi botol yang di ceritakan oleh teman aku tu adalah dari jenis botol guli(Codd). Aku tak pasti dia dah dapat atau masih membedek botol ni sampai sekarang. Sehinggalah baru-baru ni di Kelantan semasa proses mencarigali botol dengan tidak di sangka-sangka muncul juga botol soda cap udang ni di depan mata aku. Ini lah dia botol soda Poh Siew dari Taiping cap udang! Agak menarik kerana aku telah mendapat info tentang botol ni dari awal dan tak berapa lama lepas tu dah nak jadi rezeki aku muncul juga botol ni, walaupun bukannya dari jenis botol guli tapi botol ini adalah satu penemuan yang membanggakan aku dan kawan-kawan seperjuangan yang lain. Botol berkapasiti 200ml ini mempunyai kaca yang tebal dan berwarna hijau. Aku anggarkan botol ni dikeluarkan dalam era 30an lagi berpandukan kepada bentuk botol dan kualiti teknik kaca timbul (embossed) pada botol ini, kerana kebanyakan botol embossed tidak dikeluarkan lagi selepas tahun 40an kerana kewujudan teknologi cetakan dakwat di atas kaca. Tak banyak info aku perolehi tentang botol ni kecuali tempat botol ini di buat kerana di bahagian tapak botol ini ada tertera Made In Europe For H.Wolvil & Co. Ltd Singapore. Memang tidak dinafikan botol-botol soda pada waktu dulu di buat di negara luar dan di import oleh syarikat dari Singapura dan juga negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Maka dengan penemuan botol ini sudah tentulah menyemarakkan lagi usaha aku untuk mendapatkan botol yang berlainan saiz ataupun botol guli dari jenama ini. Pencarian dah pun di mulakan oleh aku dan kawan-kawan, cuma hasilnya belum lagi. Bab kata pepatah lah, kalau dah jodoh tak kemana..

POH SIEW TAIPING CAP UDANG.



5 comments:

  1. Nice bottle bro, handle with care, at the moment aku rasa kau sorang yg ada!

    POH SIEW, marilah kepadaku :)

    ReplyDelete
  2. Hehehe.. ok bro. aku akan jaga dengan cukup cermat.. Kinta oh Kinta..

    ReplyDelete
  3. mgtbobber..! udang sekilo skrg brp..! masih hrg sama atau dah melambung tinggi.

    ReplyDelete
  4. Eis.. ada jenis yang dah pupus pun!! Yang pupus tu lebih kurang harga cicak Pokke!! hahahaa..

    Fitri.. memang cun bro.. Hebat betul botol soda Malaya kita ni..

    ReplyDelete