Kastori/Kasturi salah satu jenama botol soda tempatan yang terawal aku perolehi ketika mula-mula berjinak dalam bidang botologi. Pertama kali menatap botol 'oldschool' ini kira-kira lima belas tahun dulu di sebuah kilang air soda yang sudah tutup di Terengganu. Terdapat dua jenis botol pendek dari jenama ini iaitu, Kastori dan Kasturi. Aku pasti dua nama berbeza ini bukan datang dari syarikat atau jenama yang berbeza kerana selain dari namanya, reka bentuk lain pada label botol ini adalah sama. Mungkin perubahan masa mempengaruhi ejaan jenama botol soda yang tidak bergas ini dan mungkin juga ejaan yang berlainan menunjukkan perisa air yang berlainan. Sudah menjadi 'trend' era 50an kebanyakan label botol soda ketika itu menggunakan kombinasi warna merah dan kuning yang mungkin ada 'Ong' untuk melariskan penjualan tapi bagi aku yang mendatangkan minat orang ramai untuk membeli minuman ini adalah kerana kombinasi warna merah dengan latar belakang kuning mendatangkan 'contrast' yang kuat untuk menarik perhatian mata orang ramai dari jauh lagi.
KASTORI/KASTURI
Tertera: Delicious and Refreshing(Sama seperti tag line Coca-Cola),
Non Carbonated(Tiada Gas),
This Bottle Belongs to Kastori/Kasturi Co And May not Be Sold.
Non Carbonated(Tiada Gas),
This Bottle Belongs to Kastori/Kasturi Co And May not Be Sold.
Lima belas tahun setelah penemuan botol pendek dari jenama ini aku tak menyangka akan bertemu jodoh dengan botol tinggi yang bersaiz 285ml pula. Aku dan rakan-rakan agak terkejut kerana itulah kali petama kami menatap botol tinggi dari jenama ini. Botol yang digunakan syarikat ini adalah sama seperti yang digunakan oleh White Spot dan Suntolley's. Masih mempunyai dua perbazaan tetapi bukan pada nama jenama botol ini kerana ejaan kedua-duanya masih sama iaitu Kastori dan perbezaan label pada botol tinggi ini adalah jenis tulisan(Font) yang digunakan dan juga penambahan ayat yang tertera 'No. 1' pada label botol ini.
KASTORI 285ML.
Penambahan 'No. 1' pada label botol ini dan jenis
tulisan(Font) yang berlainan berbanding gambar di atas.
Aku tidak pasti samada botol Kastori/Kasturi ini mempunyai variasi lain lagi selain dari apa yang aku ada ini tetapi kemungkinan untuk botol ini mempunyai variasi lain tetap ada, mungkin sudah ada ahli botologi yang mempunyai variasi lain dari jenama botol ini atau mungkin ianya masih ada di bawah tanah, di dalam guni atau di dalam peti kayu di mana-mana menunggu kita untuk dibongkar..
tangan dah gatal.... bila lagi nak dapat botol .. masih banyak ruang kat rumah..hehehe
ReplyDeleteSama la aku pun Ayah Aiman! hehee..
ReplyDeleteapa apa pun mamang cantiklah..
ReplyDeleteBro Acid.. botol soda Malaya kita ni memang cantik!
ReplyDeletejangan tidak dibongkar...
ReplyDeleteBro BG.. Tak sabar aku nak mengorek lagi ni..! hehehe..
ReplyDeleteKASTORI No. 1? Mcm2 botol ada kan bro, bolehlah aku tangkap gambar nih! :)
ReplyDeleteBro FR, buat apa tangkap gambar?? tangkap la botolnya!! hahaa..
ReplyDelete