Jika sebelum ini aku pernah tunjukkan botol F&N error dua dalam satu(Cetakan kaca timbul & cetakan dakwat dalam satu botol) dari model 'Black Shadow', kali ini sedikit paparan mengenai botol ini tetapi dari model cetakan dakwat jenis biasa. Walaupun cetakan dakwat pada botol ini bukan dari jenis 'Black Shadow' tetapi ianya adalah dari variasi selepas model 'Black Shadow' kerana logo singa yang masih kecil, seperti yang ahli botologi yang meyimpan variasi botol F&N sedia makhlum, logo singa yang bersaiz kecil adalah dari versi yang awal. Sekali lagi menjadi tanda tanya, adakah botol ini botol 'error' atau botol ini sememangnya dikeluarkan dalam versi begini?? Ini kerana dari pandangan aku, jika botol ini adalah botol 'error', maka kesilapan yang dilakukan oleh juruteknik di kilang mencetak botol ini berlaku berulang-ulang kali. Adakah munasabah jika ianya berlaku beberapa kali dan tidak dipantau pengeluaranya sehingga dipasarkan?? Atau kemungkinan ianya sengaja dicetak pada botol 'embossed' sebagai salah satu strategi pemasaran?? Kerana apa yang aku ketahui botol 'embossed F&N ini dahulunya dilekatkan label kertas(Tetapi tidak dapat dipastikan label dari reka bentuk bagaimana) pada bahagian belakang botol, jadi setelah teknik mencetak dakwat di atas kaca diperolehi maka kaedah strategi pemasaran yang sama digunakan. Tetapi jika ianya merupakan keluaran 'standard' ketika itu, dimanakah semua botol-botol ini menghilang?? Jika terdapat banyak botol-botol 'embossed' ini dijumpai, kenapa tidak dari model ini?? Semuanya masih menjadi tanda tanya, mungkin ada yang lebih mengetahui tentang evolusi label F&N ini dan aku berharap dapat berkongsi makhlumat dari sesiapa yang mengetahui tentang model botol F&N ini. Apa-apa pun, samada ianya botol 'error' atau tidak, model ini adalah di antara model yang paling menarik bagi aku dalam keluarga botol F&N.
Cetakan biasa(Kiri) dan
cetakan 'Black Shadow'(Kanan)
Bahagian cetakan kaca timbul adalah sama.
masa nak print dia test dulu kat botol yang tak digunakan lagi kalau ok baru pakai botol baru,kau jangan percaya cakap aku,aku agak je..
ReplyDeletebro megat,yang ni aku tak tau nak sifir...masih blur-blur...hehehe
ReplyDeleteacid, bg.. Aku pun tak tau apa cerita sebenarnya botol ni! hehee..
ReplyDeleteBro, rasanya ni botol transition ke botol cetak atau painted, betul la kata acid. Botol masih direcycle tapi for a very short period sebelum F&N decide to pakai botol baru. Aku rasalah...
ReplyDeleteApapun botol ni memang limited giler. 'Black shadow' ni botol cetak keluaran pertama, lagilah limited melimpah2. Utk pengetahuan kawan2, black shadow F&N ni term MgtBobber & kawan2 utk mengenal pasti botol ni (awal 2000), aku rasa nama ni dah kira official among us. Kalau tanya F&N pun diaorang takde term ni :)
Bro fr..Mungkin betul pendapat kau tu tapi kalau dah sampai design baru sikit tu pun ada jugak dicetak atas botol embossed apa cerita bro??
ReplyDeletetokey kilang dah pesan kalau nak print test kat botol yang tak digunakan lagi.itu kalau aku jadi tokey kilang lah..
ReplyDelete