Sunday, April 10, 2011

THE LIONS OF FRASER AND NEAVE 200ML.

Jika entri yang lepas aku telah paparkan singa-singa F&N dari botol 'embossed' 400ml, paparan kali ini aku ingin berkongsi pula dengan anda semua ahli-ahli botologi singa F&N dari botol 'embossed' 200ml. Mari kita lihat perbezaan dan keunikan singa-singa kaca ini.

Mula-mula mari kita saksikan singa-singa yang dalam kedudukan melintang. Singa melintang ini merupakan dari variasi terawal botol F&N 200ml ini sekitar era 30an. (Klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas).





Untuk pengetahuan anda semua, mengikut kajian aku dan kawan-kawan seperjuangan yang lain, makin hodoh atau makin kasar cetakan logo singa pada botol bermakna lebih lamalah umur botol tersebut. Dan ini pula singa-singa yang dalam kedudukan menegak atau berdiri, sekitar era 40an.







Botol yang kedua akhir yang memaparkan singa yang berdiri dan agak kurus merupakan variasi botol 'embossed' yang terakhir(mengikut kajian aku, mungkin ada pendapat lain) kerana di tapak botol tertera 'SG' yang bermakna Singapore Glass bukan lagi Barnard & Sons Ltd seperti lazimnya kerana pada peringkat ini botol ini telah dikeluarkan di Singapura bukan lagi diimport dari London dan botol yang bertanda 'SG' ini walaupun yang terakhir atau terbaru yang dikeluarkan tetapi amat sukar dijumpai kerana tidak dikeluarkan banyak kerana telah masuk botol era cetakan dakwat selepas itu sekitar era 40an-50an.

Begitulah hebat, menarik dan uniknya botol F&N 'embossed' ini. Jika di negara barat harga botol-botol soda ini boleh mencecah hingga puluhan ribu kenapa tidak botol-botol soda kita?? Hanya masa menentukan. Akan tetapi keunikan sebenar botol soda Malaya kita ini adalah dari segi nilai sejarahnya yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit..

15 comments:

  1. Bro..mengancam...banyak bela singa ek...hehehe...memang terbaeekk..!

    ReplyDelete
  2. syabas Bro! saja mengidam saja lagi botol-botol sebegini...

    ReplyDelete
  3. Pak Haji.. Ni singa jinak senang bela! hehee..

    iaryylr.. Macam mengandung la plak kau ni! Hahaa..!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. bro megat,singa jinak senang bela tapi nak jember sekor2 tu yang mencabar keimanan dan kestiman (stim dah ),hehehe.

    ReplyDelete
  6. Memang bro.. nak tangkap tu senang.. nak jumpa tu payah! hehee..

    ReplyDelete
  7. salam, tuan macamana sy nk contact tuan? ada hp nombor?

    ReplyDelete
  8. Bahrein.. email saya ke mgtbobber@yahoo.com, nanti saya bagi number hp..

    ReplyDelete
  9. slm pd admin blog ni. sy ada jmp botol2 lama bwh rmh dkt sy sewa di dungun. ada botol 7 up coca cola sprite dn yg lin lg. nanti gmbrnya sy uplod dlm blog utk sedara tgk2 kan. tq

    ReplyDelete
  10. Ok ANI.. teringat nasi ayam paling sedap dekat batu buruk, Kuala Terengganu.. Nasi ayam Nurul Iman.. :)

    ReplyDelete
  11. syabas bro..nampaknya botologi maju lagi dapat masuk paper.Teruskan usaha murni ni.Kalau tidak kita generasi sekarang yang kumpul benda ni siapa lagi.Ini untuk warisan masa depan.Kemah boh...ambo tabik demo!

    ReplyDelete
  12. salam bro...
    boleh kew bagi tips camne bro polish botol u...cam berkilau kilau lagi...mushkil nie....

    ReplyDelete
  13. slm pd sedara megat. yer ambe mmg org ganu. duk dkt dungun.

    ReplyDelete
  14. nasi ayam nurul iman mmg sedap pun, femes tu. dkt marang pon ada yg sedap jgk, jasrie nasi ayam. bila selalu jenguk blog sedara ni tringt pulak dkt citer p ramlee bujang lapok tu, tringt dkt sudin ketuk botol pnggil makwe dia.. he3. botol apala yg dia guna yer?

    ReplyDelete
  15. Saya duk Terengganu, Kuala Ibai tahun 82.. Taman Purnama, tepi je jambatan Kuala Ibai tu, masa tu kedai nasi ayam Nurul Iman tak silap saya baru buka dalan setahun dua.. memang best!! Yang Sudin pakai tu botol kicap! hehee.. Tapi kalau perhatikan masaP.Ramlee kat restoran tengah dating tu, dia minum air dari botol Coke saiz tinggi yang terawal di Malaya pada masa tu.. Dasyatt!!

    ReplyDelete