Monday, June 14, 2010

Indahnya GreenSpot.. Episod 2

Sedikit penambahan fakta mengenai botol GreenSpot yang aku labelkan sebagai versi no. 2 selepas botol no. 1 iaitu botol tegak(straight side). Pada entry yang lepas aku ada menunjukkan botol no. 2 ni, botol yang sudah agak lama dalam simpanan aku.. Banyak yang aku terlepas pandang mengenai botol GreenSpot no. 2 aku ni sehinggalah aku perolehi sebiji lagi botol no.2 ni di Amcorp Mall pagi semalam. Jika di lihat di sebelah depan (botol baru dapat sebelah kiri) tidak ada apa-apa perbezaan yang ketara cuma botol di sebelah kanan tulisan sedikit tebal..




Tapi jika kita lihat di bahagian belakang logo, perbezaannya jelas di mana botol yang dah lama aku simpan ni tak mempunyai tulisan jawi..



Tiada tulisan jawi(kanan)
Di bahagian kotak tertera Pasteurized Beverage pula perbezaan pada saiz tulisan di mana botol yang aku baru dapat tulisannya lebih kecil dari yang lama terutama pada tulisan Not Carbonated No preservatives..



Tulisan pada botol sebelah kiri lebih kecil


Dan terakhir pada tapak bawah botol di mana botol yang aku baru dapat (kiri) tertera GREEN SPOT INC manakala botol di sebelah kanan juga tertera GREEN SPOT INC tapi dengan penambahan tulisan SG67 di tengah-tengah.. Ada lagi satu atau dua fakta perbezaan lagi tapi korang tengok sendiri la kepada ahli-ahli botologi yang ada botol ni atau yang bakal dapat nanti..
Begitulah indahnya GreenSpot.. Memang indah tapi berdarah jugak la nak kasi complete! (kalau boleh di katakan complete!)






Saturday, June 12, 2010

Botol Coke 290ML Yang Jahat!

Sepanjang tempoh memburu botol Coca-Cola tempatan ni aku dapati botol 290ML ni lah yang mempunyai paling banyak variasi antara model-model lain dalam set Coca-Cola local.. Contohnya 290ML tulisan cina panjang di belakang dan tulisan cina pendek. Tulisan cina pendek ni pulak aku dah jumpa dua jenis, satu lubang mold bulat di tepi tapak dan satu lagi lubang mold petak di tapak botol berbentuk longkang.. Ada jugak lagi botol 290ML yang tak bertulang di perutnya, licin di tepi, cuma ada jalur sambungan mold je, lagi yang 290ML double sided bertanda SG tu yang telah di posting oleh Che Mat kita, 290ML double sided bertanda GG dari bro Zul kita di Selatan dan kali ni penemuan terbaru lagi oleh pendatang baru kita yang makin meningkat 'MABUK' dalam pemburuan botol, En. Sham dari Kg. Subang, 290ML double sided bertanda HH, lubang mold petak besar di tepi tapak, memang lain dari yang lain.. Itu yang aku cakap botol 290ML ni memang jahat, banyak variasi, berdarah nak mencari!









Thursday, June 10, 2010

Kuman seberang sungai nampak, gajah depan mata main langkah je.. Episod 2.

Pagi semalam bro Sham ajak aku sarapan di TTDI Jaya, Shah Alam, tak jauh dari rumah aku.. bersarapan sambil borak-borak cerita hal botol, mana lagi nak cari botol sekarang ni.. Kat mana lagi nak jember korek botol ni. Selesai makan dan berborak aku cakap hantar aku balik lah, nak lepak kat rumah je. Dalam perjalanan balik terpandang lah satu kawasan yang di duduki oleh kaum india, kawasan perumahan tepi bekas estet sawit. Dah hampir sedekad aku tinggal di Shah Alam ni tak pernah tergerak nak masuk kawasan tu, kata bro Sham, lima enam tahun lepas dia ada masuk kawasan tu, ada kedai runcit kat situ dulu.. Dengar je kedai runcit lampu ultraman aku mula la menyala! Apalagi aku cakap, jom la masuk.. bro Sham kita terus buat U turn.. Dalam 30 meter selepas susur masuk dah terpandang permandangan yang kiranya agak indah bagi aku.. Crate-crate plastik bertindih-tindih dengan botol soda dalam stor kedai runcit tu..







Apalagi kami pun membuat tinjauan dan penyiasatan.. dan ini lah pandangan pertama kami bila memasuki stor setelah mendapat lampu hijau dari ane tokey kedai runcit tu.. Tengok kepada gaya visual di depan aku ni macam tak berapa syok je sehinggalah terpandang botol Coke versi terakhir dalam crate paling bawah.. Masih ada air belum bukak! Kira dah best sangat dah dalam tahun 2010 ni!





Coke local No. 16 ada air! Sprite dan juga F&N..






Apalagi, secara automatic semangat botologi meresap! Setelah mendapat lampu hijau buat kali kedua dari ane kedai maka bermakna stor ni akan di langgar geroda dalam masa beberapa saat!

Bro Sham kita memulakan tugas! Dah mula bersepah!




Stor dah di langgar Geroda!



Askar-askar Coke 90an lagi yang di tawan!


Acara mengemas! Kalau kat rumah jangan harap la serajin ni! Sama la aku pun!!



Sepuluh tahun dulu keadaan seperti ni aku tak pandang pun, nak pulak crate-crate plastik ni dengan botol-botol soda yang di anggap baru ketika tu. Tapi sekarang zaman dah berubah begitu jugak botol-botol ni dah semakin pupus, kalau dulu botol coke ni kat mana-mana kita boleh lihat berkilat, tegap penuh berisi air.. tapi sekarang dapat sebijik yang ada air pun dah kira hilang penat memunggah satu stor! Mungkin sekarang ni rasa kelakar duk ambik jugak crate-crate plastik dan botol-botol Coke 90an ni, macam takde nilai, tapi tunggu la bila dah pupus macam crate kayu dan botol Coke tulisan putih.. masa tu lah anak-anak kita (kalau ada yang terjerumus dalam kancah botologi!) melompat bila dapat botol Coke 90an yang kena pakai lampu suluh baru nampak tulisan!











Tuesday, June 8, 2010

Pepsi Red Lable??

Sebenarnya aku juga meminati botol-botol soda yang bukan local ni, dengan syarat ianya oldschool dan mempunyai ciri-ciri yang istimewa.. Seperti botol Pepsi 207ML tahun 94 ni, keluaran untuk pasaran negara mana aku tak berapa pasti, yang pasti ia di buat di kilang di sini, masih belum digunakan (UNC) dan keistimewaannya ialah botol ni botol reject! Mana ada Pepsi label merah.. Coke ada la.. Kerana kelainan pada botol ini lah yang membuat aku 'syok' untuk menyimpan walaupun bukan dari pasaran local, ia mungkin satu dalam seratus atau mungkin satu dalam sejuta! Botol error la katakan..








Saturday, June 5, 2010

Membeli Kerepek Di Tanjung Karang..

Semalam dalam pukul 3 petang bro Sham roger aku mengajak temankan dia beli kerepek.. Lokasi agak jauh iaitu Tanjung Karang, kerana di situ kerepek best katanya.. Aku ok je.. Dalam perjalanan biasalah mata melilau, radar dah ter 'ON' secara automatic! Tapi tak dapat kesan apa-apa yang menarik sepanjang perjalanan yang mengambil masa sejam. Pukul 4 petang kami dah settle beli kerepek.. Kerepek nak buat kenduri, penuh kat belakang kereta..





Dalam perjalanan balik tu lah kami terserempak dengan permandangan yang indah ni.. Apa lagi, signal kekiri, gostan!! Peti kayu botol soda kampung ni tersergam indah di tepi kedai runcit yang agak oldschool..



Setelah tinjauan di buat ternyata seperti yang di duga, hanya botol-botol soda kampung terbaring, tak ada botol-botol yang menarik minat kami berdua.. Macam biasalah bro Sham kita, tak berpuas hati.. Pandangan di alihkan kepada semak yang nampak tenang di belakang kedai..


Semak yang tenang..




Semak yang tenang jangan disangka tiada botol! Kurang 30 saat tinjauan, terpacul mulut botol soda dari semak seperti anak burung dalam sarang kelaparan!




Jemberan pertama terus mendapatkan hasil yang agak lumayan untuk aku yang sibuk nak menyimpan botol coke sepeti-sepeti ni! Dapat la botol coke tulisan 'COKE' putih.. Kondisi pun kira ok lah datang dalam tanah bawah semak! Melihatkan kepada keajaiban penemuan tadi bro Sham kita terus rakus!! Tangan dia sepantas kilat di 'Transform' jadi sabit! Habis semua kawasan semak yang tenang tadi bagai di landa 'GERODA'! Cemas jugak aku tengok!
Setelah menyelongkar semak dalam setengah jam, ini lah hasilnya.. Kami menjumpai botol coke Trade Mark Registered cont 285ml yang memang cun kondisinya tapi sayang, patah tengkuk..



Botol-botol 7up, Mirinda dan Kickapoo(ada je kau ni mana-mana!)
Tak kurang hebat F&N Everytime,
kondisi warna logo agak baik..



Pepsi 80an dan Coke 90an..




Askar-askar Coke yang telah di tawan!




Sejam berada di lokasi, setelah beribu titik peluh tumpah ke semak ini lah saja hasil pemburuan kami berdua.. Jember yang kira boleh lah ni! Tapi tu lah 'thrill' korek botol ni, bak kata mak Forest Gump, "Life is like a box of chocolate, you wouldn't know what you're going to get.." Itu lah keindahan memburu botol, kita takkan tahu apa yang kita akan dapat, di sini lah datang keseronokan dan kepuasannya..









Wednesday, June 2, 2010

National Aerated Co.(K.L) Sdn. Bhd. dalam kenangan..

Setelah membuat panggilan kecemasan kepada bro Sham kita, sejam selepas tu aku dengan dia dah tercegat depan kilang National Aerated Water Co. di P.J semalam.. Ini yang kali ke berapa aku ke sini pun aku dah lupa. Kilang ni sebenarnya telah di kosongkan sepenuhnya dalam setahun dua yang lepas setelah tidak beroperasi kalau tak silap aku semenjak tahun 90an lagi. Kalau dah kaki korek tu pantang dapat info terus jember, lagi-lagi la info tu info bergambar dengan botol-botol yang lazat yang telah diposting oleh bro FR kita baru-baru ni! Maka aku dan Sham pun nak mencuba nasib.. Setelah usha lebih-lebih kurang dan mendapati takde penunggu di kilang tu maka kami pun memulakan tugas. Pagar berkunci siap lilit rantai lagi, apalagi bro Sham kita cabut terus je pagar tu! Pagar lama, engsel takde stopper, senang la cabut!




Maka ini lah pemandangan pertama bila dah masuk.. Padang jarak, padang tekukur.. Berbeza lima, enam tahun lepas dimana kawasan ni penuh dengan crate-crate kayu, penuh dengan botol-botol, penuh dengan mesin-mesin memproses botol soda..





Signage Sinalco terbesar di Malaysia aku rasa ni!



Bahagian ruang pejabat pada waktu dulu..




Setelah meninjau kawasan kilang dan telah pasti takde hasil maka kami berdua memulakan penyiasatan di luar kawasan kilang.. Tempat di mana dulu di simpan beribu-ribu crate yang berisi botol.. Maka ini je lah permandangan yang paling indah yang kami berdua kecapi..

Kickapoo botol putih..





Pembunuhan botol beramai-ramai!





Yang terselamat dari Pure Massacre!




Maka ini je lah hasil dari pemburuan kami berdua..
Tak dapat la bro FR kickapoo pendek macam kau dapat tu! hampeh!!



Setelah lebih kurang 2 jam kami di sana maka kami terpaksa akur bahawa kilang National Aerated Water Co. sudah tinggal kenangan.. Selamat tinggal National A.W. Co.. kalau aku datang pun lain kali semata-mata nak pungut huruf blok signboard nama kilang tu je nanti bila dah kena roboh..










Tuesday, June 1, 2010

Akhirnya si buih besar ada di depan mata..

Bukan apa, 7up 285ml model buih ni pernah la aku dapat dulu di Terengganu, tapi cop kat belakang botol tu dari Bangkok Thailand la pulak. Waktu tu terpikir jugak aku, takde ke 7up buih 285ml(Besar) ni yang local punya?? Cari punya cari, atas meja flea market, celah lorong karat, dalam tanah.. haram tak jumpa-jumpa jugak.. Tapi tahun ni, nasib bertukar, setelah mendapat info tentang kewujudan botol 7up buih 285ml ni dari runner tak kurang hebat dari Ipoh.. Cari punya cari, tunggu punya tunggu, akhirnya botol ni muncul jugak akhirnya.. dapat pun dari tangan geng botol kita yang tak kurang hebatnya dalam arena pemburuan botol ni. Walaupun kondisi kira tak berapa bagus tapi kira dah bagus sangat untuk aku yang dah lama mencari botol ni.. Mungkin collector-collector hardcore di luar sana dah ada botol ni, cuma aku je la baru jumpa.. Akhirnya setelah sedekad mencari,(memang pick up slow la aku ni!) jumpa jugak aku dengan si buih besar ni..