Apalagi kami pun membuat tinjauan dan penyiasatan.. dan ini lah pandangan pertama kami bila memasuki stor setelah mendapat lampu hijau dari ane tokey kedai runcit tu.. Tengok kepada gaya visual di depan aku ni macam tak berapa syok je sehinggalah terpandang botol Coke versi terakhir dalam crate paling bawah.. Masih ada air belum bukak! Kira dah best sangat dah dalam tahun 2010 ni!
Apalagi, secara automatic semangat botologi meresap! Setelah mendapat lampu hijau buat kali kedua dari ane kedai maka bermakna stor ni akan di langgar geroda dalam masa beberapa saat!
Bro Sham kita memulakan tugas! Dah mula bersepah!
Stor dah di langgar Geroda!
Askar-askar Coke 90an lagi yang di tawan!
Acara mengemas! Kalau kat rumah jangan harap la serajin ni! Sama la aku pun!!
Stor dah di langgar Geroda!
Askar-askar Coke 90an lagi yang di tawan!
Acara mengemas! Kalau kat rumah jangan harap la serajin ni! Sama la aku pun!!
Sepuluh tahun dulu keadaan seperti ni aku tak pandang pun, nak pulak crate-crate plastik ni dengan botol-botol soda yang di anggap baru ketika tu. Tapi sekarang zaman dah berubah begitu jugak botol-botol ni dah semakin pupus, kalau dulu botol coke ni kat mana-mana kita boleh lihat berkilat, tegap penuh berisi air.. tapi sekarang dapat sebijik yang ada air pun dah kira hilang penat memunggah satu stor! Mungkin sekarang ni rasa kelakar duk ambik jugak crate-crate plastik dan botol-botol Coke 90an ni, macam takde nilai, tapi tunggu la bila dah pupus macam crate kayu dan botol Coke tulisan putih.. masa tu lah anak-anak kita (kalau ada yang terjerumus dalam kancah botologi!) melompat bila dapat botol Coke 90an yang kena pakai lampu suluh baru nampak tulisan!
sham , aku pun bfast jugak :) bro, crate plastik coke ada berapa jenis?
ReplyDeleteeh salah type, aku pun nak bfast jugak :)
ReplyDeleteBro FR.. Ye tak ye kan, aku pun tak perasan ada brapa jenis, yg aku tau satu jenis je.. Kau tau ke bro??
ReplyDeleteHehehe.. benda tak jangka bro, sekejap tengah minum tau tau dah dalam stor!! hahaa..
ReplyDeleteBro FR.. ada dua jenis setakat ni aku jumpa.. satu lubang pemegang bulat, satu lagi petak..
ReplyDelete