Wednesday, June 2, 2010

National Aerated Co.(K.L) Sdn. Bhd. dalam kenangan..

Setelah membuat panggilan kecemasan kepada bro Sham kita, sejam selepas tu aku dengan dia dah tercegat depan kilang National Aerated Water Co. di P.J semalam.. Ini yang kali ke berapa aku ke sini pun aku dah lupa. Kilang ni sebenarnya telah di kosongkan sepenuhnya dalam setahun dua yang lepas setelah tidak beroperasi kalau tak silap aku semenjak tahun 90an lagi. Kalau dah kaki korek tu pantang dapat info terus jember, lagi-lagi la info tu info bergambar dengan botol-botol yang lazat yang telah diposting oleh bro FR kita baru-baru ni! Maka aku dan Sham pun nak mencuba nasib.. Setelah usha lebih-lebih kurang dan mendapati takde penunggu di kilang tu maka kami pun memulakan tugas. Pagar berkunci siap lilit rantai lagi, apalagi bro Sham kita cabut terus je pagar tu! Pagar lama, engsel takde stopper, senang la cabut!




Maka ini lah pemandangan pertama bila dah masuk.. Padang jarak, padang tekukur.. Berbeza lima, enam tahun lepas dimana kawasan ni penuh dengan crate-crate kayu, penuh dengan botol-botol, penuh dengan mesin-mesin memproses botol soda..





Signage Sinalco terbesar di Malaysia aku rasa ni!



Bahagian ruang pejabat pada waktu dulu..




Setelah meninjau kawasan kilang dan telah pasti takde hasil maka kami berdua memulakan penyiasatan di luar kawasan kilang.. Tempat di mana dulu di simpan beribu-ribu crate yang berisi botol.. Maka ini je lah permandangan yang paling indah yang kami berdua kecapi..

Kickapoo botol putih..





Pembunuhan botol beramai-ramai!





Yang terselamat dari Pure Massacre!




Maka ini je lah hasil dari pemburuan kami berdua..
Tak dapat la bro FR kickapoo pendek macam kau dapat tu! hampeh!!



Setelah lebih kurang 2 jam kami di sana maka kami terpaksa akur bahawa kilang National Aerated Water Co. sudah tinggal kenangan.. Selamat tinggal National A.W. Co.. kalau aku datang pun lain kali semata-mata nak pungut huruf blok signboard nama kilang tu je nanti bila dah kena roboh..










7 comments:

  1. Wah, Mcm2 dpt ni :) Ada booklet 'The Jackpot Dispenser', magazine apa ni bro?

    Gelas Kickappo plastik boleh trade ni :)

    ReplyDelete
  2. Bro FR.. itu art work in house graphic designer dorang bro, mock up.. Semua tampal-tampal lagi.. aku nak frame la bro! hehehee..

    ReplyDelete
  3. Bro FR.. kau nak gelas tu? bleh bleh! meh la meeting kena teh secawan lima! hehehee!

    ReplyDelete
  4. Memang jackpot la kau dapat tu bro, dulu graphic main tampal2 kira standard la. Skg mana nak carik lagi?

    Boleh bro, ingat ad dlm tv ni, "Mai sechawan..."!

    ReplyDelete
  5. wah patutlah tadi sekodeng sekejap tempattu tapi dah clear semua,yang banyak mangsa pembunuhan jer tak berkubur,yang dalam tanah kenalah guna pengesan kaca kalo ada, bertuahlah dapat berdozen gelas dan botol terakhir.. syabas!.. saya cuma dapat ambil gambor jer..

    ReplyDelete
  6. Bro iaryylr.. Kalau masuk cari betol-betol setiap inci kawasan tu boleh jumpa lagi tu.. tapi botol yang pelik-pelik dah peluang tipis la..

    ReplyDelete
  7. I wonder what happen to this company that cause it to shut down. Is such waste.

    ReplyDelete