Saturday, May 29, 2010

Crate Kayu untuk botol F&N berapa ML??

Salah satu penemuan tak di duga tahun 2010 adalah peti kayu F&N logo 'Everytime' yang bagi aku amat ganjil kerana peti model macam ni aku belum pernah tengok sebelum ni... saiz peti kayu biasa untuk 24 biji botol tapi dinding yang lebih tinggi hampir sekali ganda.. Tapi yang peliknya bila aku letakkan botol F&N 285ml terlebih tinggi pulak botol tu dari dinding peti ni, maknanya peti ni bukan untuk botol 285ml?? Jadi mungkin untuk botol F&N 200ml??





Tepi tertera 'Property of Fraser & Neave
dan cop tahun pembikinan '66'.. Paling best ada cop 'HH' macam kat botol 290ML double sided bro Sham kita yang mana aku belum dapat kenal pasti lagi apakah makna di sebalik simbol 'HH' ni..


Sebelah dalam mempunyai 'partition' macam peti kayu
biasa tapi mempunyai dinding yang lebih tinggi..





Aku rasa masih banyak lagi model-model peti kayu yang aku tak pernah tengok dan yang ini salah satu darinya, lepas-lepas ni tak tau la model macamana pulak yang bakal menjelma.. Apa yang pasti peti kayu macam ni dah semakin pupus, memang payah sangat dah nak dapat, jadi kepada geng-geng botol di luar sana, kalau nampak peti kayu ni sebat je la, reput sikit-sikit tu maaf kan je la, barang dah takde..



1 comment:

  1. Wah... bracket masih tersusun rapi. Aku pernah dengar orang akan guna crate ni untuk angkat benda lain, so bracket diaorang buang jauh2. Yang ni ada lagi bro, tahun 66 pulak tu, dasat!

    ReplyDelete