Monday, May 24, 2010

Kuman seberang sungai nampak, gajah depan mata main langkah je..

Bak kata pepatah melayu lah kan, kuman seberang sungai boleh nampak tapi gajah depan mata boleh tak nampak.. Ekspidisi dengan Che Mat tempoh hari punyalah sampai ke Kuala Lipis tapi balik muka ketat je bersama sepeti botol Coke kaca baru, buat syarat!! tapi hari ni sesi korek mengorek di lakukan 2 kilometer je dari rumah aku, kat kampung Subang setelah mendapat 'calling' dari pendatang baru kita tapi cukup rakus iaitu En. Sham.. Yang bestnya bro Sham kita ni dah 'Jembe'(pergi dengan rakus!!) dulu ke tempat ni semalam, dan hasilnya agak lumayan untuk peminat botol Coke local, iaitu botol Coke kaca 285ML takde ribbon label merah.. model yang jarang sangat dah kita boleh lihat di tepi atau di stor kedai-kedai kopi.. Tapi hari ni kira dapat lah botol daripada tak dapat langsung, botol-botol yang di jumpai agak oldschool macam Fanta dan yang tak berapa nak oldschool macam F&N, Sprite dan tidak ketinggalan juga botol warna amber menawan iaitu botol kicap!

Bro Sham kita sedang meneliti botol-botol yang dah pecah..
sarung tangan dan kasut?? apa ada hal!!



Teliti satu-satu, manatau ada botol 'error'!

Fat bottle pun ada tapi baju dah hilang, tak dapat dikenal pasti bangsa apa!





Setelah di teliti satu persatu, korek lebih-lebih kurang, ni je lah yang di pilih..
Bukan apa, saja bagi junior kita ni seronok!!(ayat cover line)




Tapi tu lah.. kesimpulannya kadang-kadang nak korek botol ni tak payah nak pegi jauh-jauh, sekilo dua je dari rumah pun ada lubuk, yang paling penting kita pegi jangan tak pegi kalau dah tau tempat, selagi tak pegi selagi tu lah duk angau..







2 comments:

  1. Hahahaha, rakus sungguh bro Sham kita ni. Tapi kdg2 kerakusan membawa keuntungan. Kalau yerpun buat2 la pakai kasut kalau hunting tu, hahaha.

    ReplyDelete
  2. Hahaha! Semangat bro!! ni jenis semangat kalau pegi perang tak payah bawak pestol!!

    ReplyDelete