Saturday, August 28, 2010

CHUAN AIK AERATED WATER FACTORY.

Aku terlepas pandang botol soda yang sebiji ni, berasal dari negeri Pahang jugak, jadi dah ada tiga bij botol berasal dari Pahang ni yang aku tahu. Chuan Aik Aerated Water Factory, beralamat 68 Main street Kuantan, cap burung merpati(aku rasa la!) salah satu penemuaan semula atau jejak kasih di Kelantan hari tu. Ini kerana botol cap burung merpati ni aku pernah dapat kira-kira sepuluh tahun yang lalu di Terengganu. Dulu aku dapat botol ni yang bersaiz 200ml dan yang terbaru ni pun bersaiz sama dan aku belum pernah lagi tengok yang bersaiz 400ml, kalau ada mesti gempak punya! Warna grafik pada botol ini memang retro habis, memang menarik perhatian. Geng-geng Pahang, siasat-siasat la Main Street Kuantan ni, mana la tau kan kot-kot ada rezeki kat situ..



4 comments:

  1. Bro, kalau logo-logo lama aerated water nie diprint kat t-shirt cantik jugakan!?

    ReplyDelete
  2. iaryylr.. satu idea yang menarik..

    ReplyDelete
  3. itu adik beradik Chua punya botol...hahaaa...dia ada simpan Chuan Kian Sibu aerated botol....
    halooo dato..!!!!

    ReplyDelete