Botol ni juga kali pertama aku jumpa semasa mencari-gali di Kelantan baru-baru ni. Aku anggarkan keluaran botol ni dalam tahun 60an, jadi bayangkanlah proses perjalanan dari Johor ke Kelantan pada waktu tu. Walaupun perjalanan pada waktu itu aku rasa tidaklah sempurna macam sekarang tapi botol ini berjaya sampai ke Kelantan dalam keadaan yang sempurna.
Kluang Aerated Water Johore 200ml ini mempunyai ciri-ciri pengiklanan yang cukup baik pada aku. Lihat saja grafik pada botol ni, pokok kelapa yang diletakkan bertujuan untuk memberi keselesaan dan perasaan yang rapat kepada pengguna, makhlum sajalah pada waktu tu pokok kelapa kat mana-mana pun ada walaupun dalam town! Buah limau dihiasi pula dengan dedaunan dan anak-anak bunga limau, menunujukkan ciri-ciri kesegaran air oren itu sendiri, bayangkanlah dalam bulan puasa pulak tu, dalam peti sejuk kita dapat lihat titisan-titisan air pada seluruh tubuh botol ni yang warna oren! MaK oii!
Botol soda yang aku dapat ni kondisi taklah memberangsangkan sangat tapi kira adalah daripada takde, boleh jugak la kita ketahui kewujudan botol Malaya yang hebat ni..
Wednesday, August 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
the 'Legend' is back in action :) pssst... cantik F&N dark green 200ml tu.
ReplyDelete'Legend' tu hilang kemana selama ni bro??
ReplyDeleteBotol tu naik lumut la bro FR, tu pasal kaler macam tu! huhuu..
ReplyDeleteBro, cun botol nie.. memang bahan sejarah!
ReplyDeleteYa bro iaryylr.. bahan sejarah Malaya kita.. Tak banyak yang kita tahu tapi sikit-sikit kita boleh cantumkan menjadi lebih jelas tentang sejarah kita..
ReplyDeletebro, cantek pokok kelapa tu.. ade buah limau lg.. hehehe
ReplyDeleteAku pernah duk kat kluang 1989-1995 bandar masa tu mmg oldskol he he dan ramai gak Mek klate.botol tu cantik mybe diangkut dgn keretapi..
ReplyDeleteWould you like to sell the Kluang Aerated water bottle ?
ReplyDeleteElka.. right now it's not for sale.. Are u a soda bottle collector??
ReplyDelete