Friday, August 6, 2010

XPDC MEMBURU BOTOL DI PANTAI TIMUR.. episod akhir, Part. Terakhir..

Sampai saja di Restoran Hover kami terus order, lauk pauk dihidang. Masing-masing dah kecur air liur! Apa lagi, sebat lah!


Restoran yang wujud semenjak tahun 70an lagi..


Lauk ala masakan Sumatera ni memang best!!


Ayam kampung dengan gulai kawah!


Teh o ais memang lain macam sedap rasanya bila diminum dengan gelas kaca.
Memang menjadi 'trend' restoran ni sejak dulu lagi.


Licin! Licin! macam... Dua gelas aku belasah teh o ais!


Telur penyu ni pun memang dihidang semenjak dulu lagi di restoran ni,
jika di pulau Sumatera kedai- kedai makan terutama kedai
nasi 'Padang' di Sumatera selalunya menghidang telur penyu ni.
Anda pernah rasa?? Aku tak pernah!!


Tapi telur penyu ni memang 'favourite' Mat Wey!


Ekspresi muka ketika menyedut telur penyu menggambarkan segalanya!!

Sedut telur penyu menjadi penutup makan di Restoran Hover. Habis makan sambung kerja lagi! Lagi botol yang tak pernah atau pernah aku lihat muncul. Ini antara botol-botol yang muncul..

Malayan Food Products.


Long Brothers, Whale Brand.


Marco, RC Cola, Watson dan Ban Hing Long Cap Harimau.


Phoenix dan botol cap kepala anjing bulldog dari Bentong.


Askar-askar otai soda yang ditawan!


Pukul 6 petang kilang tutup, jadi kami pun tutup pejabat jugak, para botologi dah pancit! Cari hotel, 'check in', mandi dan melepak sambil aku posting botol Kelantan Aerated Water malam tu. Masing-masing kagum dengan penemuan botol emboss tu, mau tak kagum, kami tak pernah tengok!

Melepak di bilik hotel.


Bro Nazrin tak lekang dari botol cap burung Kakak Tua ni!


Malam dalam pukul 8.30, aku ajak Bro Sham pulak
merasa Chicken Chop Sun Hua!

Lepas makan malam, perut dah kenyang, mata pun dah kuyu disulam pula dengan sengal-sengal badan kami pun balik hotel dan tidur! Mat Wey cakap aku 'champion' berdengkur! Hampeh Mat Wey! Pagi besoknya bangun awal, seawal pukul 7 pagi dah mesti berada di kedai kopi 'oldskool' dalam town untuk menikmati nasi 'Tumpang'(nasi tradisional Kelantan), kalau sampai pukul lapan alamatnya makan daun pisang je lah! Selesai sarapan, masuk kerja balik, punggah dan kemas lagi botol-botol di lokasi dan lagi botol-botol otai muncul!

Acara memasukkan botol dalam guni disambung..


Eng Kee cap burung layang-layang.. Burung kakak Tua dan tak muncul!


Lagi askar-askar 200ml ditawan!


Tak ketinggalan, botol F&N embossed 200ml juga muncul!
Dan begitulah seterusnya sampai ke petang. Akhirnya semua usaha keras berjaya dibereskan. Setelah 'loading' semua botol-botol yang telah dipilih maka kami pun bergerak balik ke KL.. Dan sampai hari ni botol-botol tersebut belum lagi dibahagi-bahagikan kerana masing-masing sibuk dengan kerja dan tanggungjawab lain.

Jangan salah sangka pulak, gambar di atas bukan bermakna kami ni sahaja pemburu botol di Malaya ni malah anda semua geng-geng botologi tak kira memburu dalam tanah atau memburu di meja pasar antik dan pasar karat semuanya boleh dianggap 'Bottle Hunters of Malaya'.. Aku ni bukan apa, seronok bila mula balik main botol ni, jumpa lebih ramai lagi collector dari Utara sampailah ke Selatan. Bila mula jadi blogger tahun ni macam-macam info lagi pasal botol ni aku pelajari. Memang best hobi kumpul botol ni, malah hobi apa-apa sajalah yang anda minat kerana dengan adanya hobi ini lah bagi aku salah satu cara untuk kita 'enjoy', bergembira, tenang, seronok bila jumpa sesama collector dan bertukar informasi dan melayan tengok koleksi masing-masing. Pendek kata hobi ni terutama kumpul botol soda memang untuk kita berseronok dan untuk menghilangkan tekanan-tekanan yang ada. Jadi mari kita sama-sama mengembangkan lagi dunia koleksi botol soda Malaya ni. Jom 'Enjoy!' di Trade Fair botol soda yang buat pertama kali akan berlangsung di Amcorp Mall P.J pada 8hb Ogos ini di Tingkat 3. Jumpa para-para pengumpul botol soda Malaya di sana, pasti menyeronokkan! Aku dah tak sabar!

Maka sekian dulu cerita perihal ekspedisi aku dan kawan-kawan ke Pantai Timur baru-baru ini, bersyukur aku kepada Tuhan kerana memurahkan rezeki kami dalam pemburuan botol kali ni. Mungkin ada lagi lubuk-lubuk lain yang akan muncul selepas ni, siapa tahu, tiada istilah berhenti bagi aku.. Pemburuan tetap diteruskan...

7 comments:

  1. wuhuuuuu boleh dibuat novel & dibuat dokumentari oleh majalah 3. Tajuk doku' 'bottle hunters of malaya' mesti pecah panggung. Woiii puasa pun belum , mana aci ucap selamat hari raya... apapun bravoooo...

    psst : email berkaitan pameran botol di Muzium Negara telah di hantar ke pihak berkaitan... tungguuuuu

    ReplyDelete
  2. botologi pn tido berdengkur ke?..apa2 pn korang memang dahsyat!!

    ReplyDelete
  3. Hehe! Tak lama dah nak puasa.. Ok Che Mat canteek!! manatau dorang berminat!

    ReplyDelete
  4. Ujie.. tido berdengkur sebab layan mimpi best dapat botol antik! hahaaa!

    ReplyDelete
  5. aisehh.. rugi tk rakam botologi brdengkur..hehe

    ReplyDelete
  6. big coke.. hampeh!

    iaryylr.. tq bro..

    ReplyDelete