Sunday, September 5, 2010

BOTOL F&N ERROR!

Pernahkah anda lihat dua jenis perbezaan variasi botol tetapi berada dalam satu botol?? Inilah botol 'error' yang paling mengejutkan aku dari jenama F&N ni. Kalau dulu botol F&N embossed dilekatkan label kertas pada belakang botol tapi yang ini lebih dasyat! Di belakang botol embossed F&N ni bukan dilekatkan label lagi malah dicetak terus dengan grafik F&N 'Black Shadow' pulak tu! Ada banyak teori dikalangan kawan-kawan mengapa botol ni boleh jadi macam ni, ada teori mengatakan botol ni adalah percubaan terawal mengunakan teknik percetakan untuk jenama F&N ni, ada juga teori dari kawan-kawan mengatakan sewaktu proses percetakan, juru teknik dah tersilap masukkan botol embossed kat dalam mesin cetak tu, sebab dia tak nampak tulisan dan logo kaca timbul pada botol tu! (Kes mabuk soda lagi la ni!!) Kalau mengikut info yang diketahui, grafik 'Black Shadow' ini adalah grafik cetakan dakwat yang terawal untuk botol F&N, dan dilihat pada botol ini pun merupakan botol yang menggunakan teknik embossed yang dikira telah maju(advanced) kerana garfik embossednya yang tepat dan bersih, bermakna botol embossed ni dah di peringkat terakhir pengunaan tekniknya kerana teknik percetakan dakwat di atas kaca telah muncul sekitar era 50an. Jadi zaman semasa terjadi kesalahan ni adalah di zaman peralihan antara botol menggunakan teknik embossed kepada botol yang menggunakan teknik cetakan dakwat. Jadi mungkin semasa peralihan ini terjadi sedikit kelam kabut di kilang percetakan. Aku sendiri pun tak pasti kenapa boleh terjadi macam ni, tapi apa-apa pun botol F&N ni memang unik dan pelik bagi aku..


Grafik F&N 'Black Shadow',
dari jauh nampak seperti biasa.


Tulisan dan logo 'embossed' pada botol.




10 comments:

  1. he he ni mesti kes tak cukup botol baru nak cop...botol baru dah abis dia belasah cop botol emboss..hu hu

    ReplyDelete
  2. saudagar..! ini betul pnya error..! mau juai ker..! hahaha..

    ReplyDelete
  3. Hoh, botol ni meruah-limpah overnya :) Eis, maunyer Mgt nak jual, kalau boleh aku pon nak beli, hehehe.

    ReplyDelete
  4. 'Black Shadow'.. Dasyat sungguh, sampai melekat nama grafik botol ni.. Hehehe!!

    ReplyDelete
  5. dasyat sungguh belack shadow tu.. hehehe!!

    ReplyDelete
  6. ni kalau member kita yang sorang tu nampak mesti di cakap... "kau jangan salah faham"... botol ni buat kat kilang xxxxx printed dia buat kat tempat aku sbb kilang xxxxx tempat aku kerja dia punyan printed tak siapa boleh lawan.... hahahaha... kau jangan salah faham

    ReplyDelete
  7. Ayah Aiman.. Dia yang banyak salah paham sebenarnya!! hahahaa..

    ReplyDelete
  8. bigcoke.. kau dah jauh.. diam-diam! jangan menyampuk!

    ReplyDelete
  9. menarik sungguh belack shadow tu.. hehehe!!

    ReplyDelete