Monday, October 4, 2010

GUAN SENG LONG AERATED WATER WORKS J.B. 200 ML.

Guan Seng Long Aerated Water Works J.B, Sparkling Beverages, kali pertama aku menatap botol 200 ml ni ialah semasa ekspidisi ke Pantai Timur dua bulan lepas. Yang aku ada sebelum ni adalah model botol gemuk embossed atau geng botologi di Johor panggil botol 'Mentol'. Aku pasti ramai ahli botologi tegar ada botol menarik ni. Penggunaan warna grafik kuning dan merah merupakan salah satu strategi yang baik untuk menarik perhatian kerana bagi aku kombinasi warna kuning dan merah memang menarik tumpuan mata. Kebanyakan botol soda pada waktu 50 hingga 60an ini menggunakan kombinasi warna yang sama kerana strategi ini amat berkesan untuk melariskan penjualan air soda ni. Botol soda ini juga menggunakan binatang iaitu lembu sebagai logo mereka. Tak silap aku jenama lembu ni ada lagi pada botol susu atau soya. Kiranya pemilihan lembu sebagai logo air soda pada masa tu agak popular dan mungkin juga ada 'Ong'! Yang menariknya semasa penemuan botol ni di dalam tanah dan dikeluarkan, botol ini berada dalam kondisi yang cukup baik seperti dalam gambar. Aku percaya botol ni telah 'dikuburkan' sekurang-kurangnya 30 hingga 40 tahun tetapi kerana kualiti cetakan yang tinggi maka botol ini kekal dalam keadaan asal. Aku masih lagi pelik kenapa di sebelah Pantai Timur ni popular dengan botol 200ml kerana sepanjang tempoh mencarigali di Pantai Timur 90% botol soda yang aku dapat adalah yang bersaiz 200 ml. Apa pendapat anda?? Apa-apa pun dengan penemuan botol ini sudah tentunya dapat memberi lagi aku dan anda semua info tentang kehebatan botol soda Malaya kita ni.


Guan Seng Long Aerated Water Works J.B.
Sparkling Beverages.



1 comment: