Sunday, September 19, 2010

MALAYAN FOOD PRODUCTS LTD.

Jenama Malayan Food Products ni memang aku rasa macam aku pernah lihat sebelum ni tapi aku dah lupa kat mana, yang pastinya bukan pada botol kerana inilah kali pertama aku dapat semasa proses mencarigali baru-baru ini. Kalau dilihat pada cetakan logo grafiknya yang tertera 'For Health', aku agak-agak botol ni adalah botol minuman susu atau kacang soya. Botol ni agak menarik bagi aku dari segi warna grafiknya iaitu gabungan putih dan biru muda, kombinasi warna yang jarang terdapat pada botol soda atau botol susu/soya. Dalam proses mencarigali baru-baru ini hanya dua biji sahaja dijumpai. Tak banyak info yang aku tahu pasal jenama ni kerana info dalam internet pun aku tak jumpa, jadi aku agak-agak dari bentuk botol, grafik dan tanda-tanda pada botol ini keluarannya sekitar tahun 60an hingga 70an. Jadi sesiapa di luar sana ada info pasal botol ni, perkongsian makhlumat dari anda amat-amatlah dialu- alukan. Apa-apa pun botol ini merupakan satu penemuan yang menarik bagi aku.




Tertera: Drink Malayan Food Products Ltd. for health.


Tertera: Minuman Yang Paling Baik.


Tertera: This Bottle Remains The property Of
Malayan Food Products Ltd.

3 comments:

  1. mmg cun botoi nie..! tang label x boleh tahan..sikit hari aku pasti dapat..tahniah dapt botoi cun !

    ReplyDelete
  2. Hehehe.. sama la, aku dapat, kau dapat, kau dapat, aku dapat! satu je kau tak sempat dapat, sempat sebut je tapi aku dah dapat! heheheee..

    ReplyDelete
  3. cilakakk hang..! terkena aku bukan sempat sebut je dah tengok, dah belek, dah pegang..cuma aku tak ambil gambaq jer..! nnt mmbr tngk semcam plk lagi dia tak mau lepas..

    ReplyDelete