Thursday, September 23, 2010

MEET THE ROYAL FAMILY.

Posting ke-60 aku kali ni aku nak memeperkenalkan kaum kerabat RC Cola yang ada dalam simpanan aku. Oleh kerana botol RC Cola ni tak banyak variasinya(satu jenis botol kaca dan Pet Bottle) untuk pasaran tempatan ni maka aku perkenalkan jugalah botol RC Cola yang diimport bagi memeriahkan gambar dan info kepada anda semua geng-geng botologi.

Mari kita mulakan dengan botol kaca yang cukup popular sekitar tahun 70an-80an ni iaitu botol 285ml atau 10 Oz.
Jangan tersalah sangka kerana botol yang di sebelah kiri tu adalah botol RC Cola dari Indonesia, geng-geng N.V. Dainang juga! Nampak sama tapi tak seropa! (Alamak! tag line Ayah Aiman ni!) Sedikit perbezaan saja dari botol tempatan, mari kita lihat..

Kiri: RC Cola N.V. Dainang, Indonesia.


RC Cola Indonesia tertera 10 Oz.
Manakala kita punya botol bertulisan Cina.


Sebelah lagi tertera N.V. Dainang Indonesia.


Tanda acuan pada kedua-dua botol adalah sama iaitu 'SM' dengan nombor pendaftaran 166-6. Aku rasa kilang pembuat botol RC Cola ni sama saja, dibuat di kilang di sini untuk pasaran Indonesia sekali.


Ini pula variasi tudung botol RC Cola yang aku ada, setakat ni aku cuma ada dua jenis tudung RC Cola Tempatan dan yang sebelah kanan sekali adalah tudung untuk RC Cola N.V. Dainang.


Kita beralih pula kepada Pet Bottle. Hanya satu jenis sahaja setakat ni dijumpai.

RC Cola Pet Bottle.



Dan yang terakhir sekali dari kerabat RC Cola ni adalah botol RC Cola 354 ml/12 Oz. yang aku rasa dari U.S tapi diperolehi dari sahabat aku juga yang diperolehinya dari Singapura. Untuk botol ini aku tak berapa pasti untuk pasaran Singapura ataupun U.S. Botol berkaca hijau ni kalau dilihat aku agak-agak keluaran tahun 60an tapi dalam kondisi yang cukup baik, jenis botol pakai buang(No Refill, No Return).







Inilah sahaja kaum kerabat botol RC Cola yang aku ada, jika ada geng botologi di luar sana yang ada lebih lagi variasi botol RC Cola ni terutama yang tempatan, info anda amatlah dialu-alukan. Terima kasih.

4 comments:

  1. Bro, info yang sangat menarik dan botol RC Cola dari US tu macam dari cerita Batman 60's, very retro looking bro, syabas. errr, tapi crate-crate yang penuh berisi kat belakang (yang menarik perhatian) boleh kasi pembaca hilang fokus la bro, hihihi...

    ReplyDelete
  2. kat singapore boleh dpt lagi ke botol ni? nampak mcm US mari.

    ReplyDelete
  3. Spallan, ye ke bro?? aku pun tak perasan ada botol ni dalam cerita Batman lama tu.. Hehe! jangan hilang fokus bro!

    Bro FR.. Aku tak pasti la tapi dulu member dapat kat Singapore..

    ReplyDelete