Sin Juan Seng Aerated Water Factory, Aeroplane Brand.
Tuesday, October 12, 2010
SIN JUAN SENG AERATED WATER FACTORY.
Lagi produk air soda keluaran Kluang Johor. Kira dasyat la Kluang ni satu ketika dulu dari segi pengeluaran air botol soda kerana dah dua jenama air soda dari daerah ini telah dijumpai. Kali ini air soda Sin Juan Seng Aerated Water Factory, cap kapal terbang berkapasiti 200ml dan tempat botol ini dihasilkan tak lain tak bukan, Singapura kerana tertera 'SG' di tapak botol ini. Ada beberapa jenama air soda lagi yang menggunakan kapal terbang sebagai logo jenama mereka, tak silap aku air soda cap kapal terbang dari Sarawak(Di sana dipanggil air 'Belon', Belon bermaksud kapal terbang dalam dialek bahasa Sarawak) dan satu lagi dari Sabah, aku dah lupa nama jenama botol ni kerana aku sendiri pun takde, aku terserempak dengan botol-botol ni pun di rumah kawan-kawan aku yang dasyat-dasyat juga koleksi mereka. Pereka grafik waktu itu(Aku anggarkan sekitar awal 60an) telah pandai mereka cipta kapal terbang kalau dilihat dari gambar, mempunyai enjin berkuasa jet(tiada kipas kelihatan) kerana dalam era 60an kapal terbang berkuasa jet berada dalam kemuncak popularitinya, pereka grafik botol ini juga mereka potongan kapal terbang yang agak 'futuristic' bentuk kapal terbangnya, nampak gagah dan garang! Sekali pandang pada aku kapal terbang ni macam nak pergi perang! Penggunaan warna biru dan kuning merupakan salah satu strategi untuk menarik perhatian, kombinasi warna ini juga digunakan oleh jenama Long Bros Aerated Water cap ikan paus. Aku pasti geng-geng botologi di luar sana ada menyimpan botol jenama ni, mungkin juga yang bersaiz 400ml atau mempunyai variasi yang berbeza dari yang aku ada ni. Kalau ada tu kongsi-kongsilah info demi untuk kemajuan koleksi botol soda Malaya kita ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aih, kacak juak aik belon tuk :)sik pernah kamek nanggar!
ReplyDeleteHahaaa!
ReplyDelete