Monday, October 25, 2010

Vi-Ko.

Vi-Ko, satu jenama yang mungkin kurang terkenal di kalangan pengumpul botol soda, tapi satu ketika dulu aku rasa jenama air soda ni agak terkenal. Sepuluh tahun dulu aku pernah terserempak dengan botol ni di Terengganu, tapi dah tinggal separuh, oleh kerana pada waktu itu hanya itu saja tinggalan Vi-Ko ni aku ambil jugak walaupun tak cukup sifat. Sekurang-kurangnya cetakan pada botol tu masih terang dan bolehlah aku buat rujukan, tapi waktu tu tak ramai pengumpul botol soda yang aku kenal, aku bawa botol ni tunjuk kepada kawan-kawan yang kumpul botol waktu tu pun tak pernah lihat jenama ni apatah lagi yang cukup sifat. Sehinggalah baru-baru ni di Kelantan aku terjumpa juga beberapa biji yang masih cukup sifatnya. Maka inilah dia Vi-Ko yang sempurna. Tertera Carbonated Drink pada botol ini mengesahkan botol ini adalah botol soda. Tapi masalahnya aku tak dapat apa-apa info tentang botol ni, asal dari negeri mana, tahun berapa semuanya aku tak tahu, cuma tahun botol ini berada dalam pasaran aku agak-agak dalam tahun 60an hingga 70an berpandukan bentuk botol dan 'design' cetakan botol ini. Apa-apa pun botol ini menarik bagi aku dan lebih menarik lagi ia menjadi misteri kerana asal usulnya tidak aku ketahui tapi sudah tentu aku memang berminat untuk ketahui atau mendapat info tentang botol ni, jadi kepada geng-geng botol di luar sana jika anda ada info tentang botol ni kongsi-kongsilah. Sememangnya dunia botol soda tempatan kita ini memang hebat! Untuk pengetahuan anda semua botol Vi-Ko yang aku junpa separuh dulu masih aku simpan sampai ke hari ini..

Vi-Ko


Tertera: Carbonated Drink.

2 comments: