Sunday, February 6, 2011

F&N SINGAPORE-KUALA LUMPUR DENGAN TUDUNG 'EVERYTIME'.

Di sesi Botologi Hi Tea baru-baru ini aku berkesempatan untuk tukar botol suka sama suka dengan bro Acid Welding. Botol-botol yang aku dapat adalah dari jenama F&N Singapore-Kuala Lumpur, model botol soda yang aku rasa paling tersohor di kalangan ahli botologi. Kalau takde model ni rasanya tak sah bagi peminat botol soda Malaya. Memang biasa je botol ni kerana kuantitinya yang banyak kita boleh jumpa di seluruh Malaya ni tapi apa yang menarik bagi aku tentang botol yang aku dapat ni adalah tudungnya yang masih dapat kita lihat reka bentuk dan warnanya. Jenis tudung botol F&N 400ml yang aku dapat ni adalah dari model F&N 'Everytime'. Salah satu dari variasi tudung botol F&N yang bagi aku agak sukar diperolehi sekarang, lebih-lebih lagi yang berkondisi cemerlang. Walaupun tudung botol yang aku dapat ni kondisinya agak kurang memuaskan tapi sudah memadai untuk kita jadikan rujukan tentang variasi tudung botol F&N 400ml ni dan aku pasti ada ahli botologi yang menyimpan botol F&N ini dengan tudung yang berkondisi baik! Apa-apa pun terima kasih bro Acid Welding!

F&N Singapore-Kula Lumpur 400ml dan 200ml.


Tudung dari model 'Everytime'.
Reka bentuk logo yang klasik.
Orange Crush dan Sarsi.

13 comments:

  1. botol yang indah dengan tudung yang cemerlang, syabas bro...

    ReplyDelete
  2. bro megat ni BR nk tanya. botol fn 400ml ni ada lagi satu variasi yg ada tulis '400ml' di depan botol. yg itu keluaran bila punya?

    ReplyDelete
  3. BR.. Kalau ikut penghayatan saya, yang tertera 400ml tu dalam era yang sama je dengan yang tak bertulis dan berkemungkinan besar ianya generasi awal sikit je dari yang tak bertulis, apa2 pun generasi yang seperti gambar di atas adalah generasi akhir(botol bukan tudung) dari model 400ml ni iaitu era 60an.. Tudung mana untuk generasi botol 400ml atau 200ml mana masih saya tak pasti dengan tepat lah bro..

    ReplyDelete
  4. Ini disebabkan oleh stok tudung bereka bentuk logo lama masih digunakan pada botol yang baru. Ramai yang terkeliru dengan lambang 'Everytime' ni, saya sendiri pun terkeliru pada mulanya kerana ingat lambang ni keluar dalam era 70an seperti pada botol kaca 285ml lambang 'Everytime' tu, tapi sebenarnya lambang ni dah keluar dalam era 60an lagi, kalau bro perasan pada tong kayu panjang botol F&N 400ml, ada logo dan tulisan 'Everytime'!

    ReplyDelete
  5. Bro Spallan.. Ni lah untungnya kalau buat event macam hari tu.. dapat tukar2 barang yang best!!

    ReplyDelete
  6. sebab logo tulah aku keliru,tu yang aku panggil fn everytime tu fn 3 segi,main bedal je aku ni..

    ReplyDelete
  7. Bro Acid.. Nasib baik kau tak panggil F&N Piramid!! hahahaa..

    ReplyDelete
  8. bro mgtbobber.. pasni boleh buat rujukan pasal botol2 ini pulak..

    ReplyDelete
  9. Roha.. nanti next event join la bro..

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. ty boss.
    yang ku minat suma nie sai ku baca kisah bang megat la.
    sai jumpa botoi coke jatuh dari seluaq tu satu
    sai 3-4 ribu dalam store .
    perrghhh

    ReplyDelete
  12. salam boss.
    tudung fn 285ml tu ada lebih dak ???
    apa kata kita wat kira2 ???
    ku ingat nak buh ayaq oren bancuh ja dalam 10 biji botoi yang ku ada tu.
    kalu ada yang sarsi pown sempoi la gak.
    baru namapak beseri sikit dimata.huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete