Monday, June 21, 2010

FANTA

Kalau air soda perisa anggur, Fanta lah pilihan aku waktu kecik-kecik dulu, memang sedap! Bila dah dewasa ni, terjerumus pulak dalam arena botologi ni maka bila terserempak dengan botol Fanta ni aku takkan lepas peluang untuk jadikan botol ni botol 'angkat' aku! Design dan botolnya amat menarik bagi aku. Di sini aku ada beberapa variasi yang aku dapat sepanjang menjadi ahli botol soda selama ni. Setakat sekarang aku dah ada enam jenis dan aku tak berapa pasti berapa jenis lagi yang aku belum dapat. Kepada ahli-ahli lain yang ada versi yang aku takde, kongsi-kongsi la info bro!





Versi 1970, mungkin yang terawal.



Versi 1970 hingga awal 1990



Yang peliknya dalam tahun 2000 dulu sewaktu hangat menjember botol, aku terserempak dengan botol Fanta ni dalam peti ais di satu kedai kopi di Kelantan, siap aku test lagi, bukak dan minum! Fuh! kalau basi pun aku tetap rasa sedap la air anggur Fanta ni! Tapi memang tak basi! Setahu aku awal 90an air Fanta ni dah bungkus tapi dalam tahun 2000 aku sempat merasa lagi! Pelik, memang pelik... tapi itu lah keindahan menjember botol soda ni...

2 comments:

  1. Bro.. ok lagi tu masa tu! hehehee! aku rasa aku orang yang last minum air Fanta ni! hahaa..

    ReplyDelete