Wednesday, June 23, 2010

Ibu Segala Air Soda..

Selain dari mengumpul botol soda lama kerana keindahan warna kaca, kemasyhuran brand tu tersendiri, cara pengiklanan botol, variasi model-model sesuatu jenama botol aku juga berminat dengan isi kandungan botol soda ni. Bermacam-macam jenis perisa air soda ni ada dalam koleksi aku dan bila terserempak dengan botol pati(Essence) air soda ni bagi aku satu penemuan yang amat memberangsangkan.. Ini lah ibu segala perisa air soda yang kita minum selama ini dan yang aku paparkan ini adalah salah satu dari jenama pati soda..





Barnett & Foster Ltd. ni satu syarikat dari London yang mengeluarkan pati soda sejak awal 1900 lagi.. Jadi apa kena-mengena botol luar ni dengan botol soda tempatan kita ni?? Jawapannya memang ada kena-mengena secara langsung.. Ini kerana botol pati Cherry Cider ni aku dapat semasa pencarian botol soda di sebuah kilang Aerated Water di Terengganu dulu.. Kilang yang membuat air Lamned, air soda kampung.. dan aku dapat tahu juga banyak lagi kilang air soda di Malaya ni menggunakan jenama ini dulu. Ada bermacam-macam perisa lagi yang aku jumpa dan yang ini salah satu darinya. Jadi sebenarnya air soda kampung kita ni sememangnya tak lah kampung sangat kerana pati air soda ni di import dari London, United Kingdom! Salah satu koleksi yang aku amat banggakan kerana aku dapat menyimpan 'keluarga' botol soda ni iaitu pati soda, tak ada pati soda maka tak ada la air soda..

3 comments:

  1. bro, rasanya aku dapat botol ni kat kedai kau dulu tapi condition label aku teruk nar :(

    ReplyDelete
  2. Hahaa! ye ke bro?? takpe la janji ada.. hehee..

    ReplyDelete
  3. Maaf ..boleh tahu tak...kilang yg buat air soda kat ganu kat mn

    ReplyDelete