Sunday, June 20, 2010

SINALCO.. BATU KITANG.

Siapa tak kenal botol Sinalco ni.. brand dari Jerman yang amat terkenal di kalangan ahli-ahli botologi yang wujud di Malaya ni seawal tahun 50an lagi.. Kerana keunikan botol dan logonya yang tersendiri maka botol ni amat senang di kenali dan mudah mesra dengan tuannya. Sinalco ni memang brand kegemaran aku dan apa yang aku paparkan kali ni adalah botol Sinalco dari Batu Kitang, Kuching, Sarawak.. tapi bukan lah bermakna botol ni berasal dari sana kerana botol ni di buat di kilang di Semenanjung ni iaitu KL Glass berpandukan cetakan emboss di tepi bahagian bawah botol ni(kebiasaan botol Sinalco yang terawal di buat oleh Singapore Glass, tertera SG pada tapak botol), cuma ia di botolkan di Sarawak untuk pasaran di sana termasuklah sabah mungkin(botol Sinalco Borneo aku tak jumpa-jumpa lagi!) dan seterusnya di cetakkan di botol ni: DIBOTOLKAN OLEH BEVERAGES SDN. BHD. 151 JALAN BATU KITANG, KUCHING, SARAWAK, MALAYSIA. Kacanya yang polos tak kasar, tak berbintik dan tiada emboss Trade Mark bermakna botol ni adalah versi yang baru dari adik-beradiknya yang lain.



Tertera: 250 ml, DILESENKAN OLEH SINALCO AG. WEST GERMANY
Tertera alamat tempat dibotolkan.


Sekali-sekala dalam pemburuan botol ni kita mungkin terserempak dengan botol dari seberang laut ni, mungkin di bawa dari sana atau yang tertinggal kapal kat sini.. Itu lah kehebatan botol soda local kita ni.

No comments:

Post a Comment