Tuesday, July 13, 2010

XPDC MEMBURU BOTOL DI PANTAI TIMUR.. episod 2

Nasi Lemak Ikan Tongkol! Sedap Wooo!!

Selesai sarapan nasi lemak ikan 'Aya'(tongkol) yang memang dah lama kami berempat mengidam kerana di Terengganu je ada nasi lemak ikan tongkol ni, kami meneruskan perjalanan memasuki kawasan lombong Bukit Besi. Permandangan pertama agak menggerunkan kerana bangunan di sini dah lebih seratus tahun dan reka bentuknya yang ala-ala 'Gothic' menampakkan lagi kegerunan tempat ini.. Dalam kepala semua.. Botol Guli! Botol Guli!

Bahagian dinding di salah satu bangunan.

Bahagian interior bangunan.
Apakah ini serpihan dari botol guli yang dicari?? Semangat makin berkobar!!


Setelah selesai di kawasan pertama, kami menyusul ke kawasan kedua.. Macam ada je botol guli ni!! Sama dengan lokasi pertama tadi, bangunan menakjubkan dan meggerunkan! Memang Gothic Habis! Apa lagi, turun van dan meredah!!




Grafiti di dalam bangunan.. Siapa pandai baca jawi??



Nampaknya lokasi kedua juga tidak menampakkan hasil.. Kami terus bergerak ke lokasi ketiga mengikut peta lombong Bukit Besi iaitu kuaters pekerja.. Masih berharap akan botol guli!!


Kuaters pekerja yang dah ranap tapi kawasan telah di bersihkan.



Waah! Pet Bottle!!!



Wahh!! tin Ace Orange!!

Haramm!! Serpih guli pun tak nampak.. Tin Ace orange dan Pet Bottle tu aku tak ambik pun, biar je la kat situ jadi sebahagian dari permandangan di sana.. Setakat sejam kami di sana tak menampakkan apa-apa hasil lagi, muka semua dah ketat.. idea ke Bukit Besi ni idea aku jadi sedikit sebanyak aku mula tensyen tengok muka kawan-kawan yang tak puas hati campur hampa.. aku la yang teruk kena nanti.. Bersambung..

11 comments:

  1. kemana perginya botol kat bukit besi? aku rasa mamat yang nak jual botol Rm100 ribu sebiji kat mudah tu sorok kot... aku pernah tanya kat dia ada botol lain tak... dia jawab ada banyak tapi not for sale...

    ReplyDelete
  2. bro, kena cari dumping ground kat mana. ini kena bawak metal detector.

    ReplyDelete
  3. Bro FR.. Masalah tempat ni penempatan berterabur, bangunan semua merata-rata.. aku tak dapat nak detect lokasi kat mana port dorang lepak minum, tak pun kantin dorang waktu tu..

    ReplyDelete
  4. tulisan jawi tu "alif tendang wau" sarkas daa..mana ada botoi..!

    ReplyDelete
  5. Eis.. alif tendang wau.. uuuudaaaanggg!! ahakz!!

    ReplyDelete
  6. arrggg..! kena lagi..! aku nak menghilangkn diri kiri kanan kena hemtam dengan udang..! x pa x pa..tunggu aku berkokok satu malaya baru hangpa tauuu..!

    ReplyDelete
  7. HOI, sedapnya nasi lemak ikan tongkol tu bro :)

    ReplyDelete
  8. bro, serpihan botol tu tak bawak balik? kena kaki org org nanti (alasan), hehe.

    ReplyDelete
  9. Eis.. Hahahaaa.. sabar! sabar!

    Bro FR.. penunggu bangunan tak bagi bawak balik! hehee..

    ReplyDelete
  10. Eh?? Bro FR.. gambar kau pegang apa daa tuu??

    ReplyDelete