Wednesday, July 14, 2010

XPDC MEMBURU BOTOL DI PANTAI TIMUR.. episod 3

Dengan langkah yang lemah longlai bukan kerana kepenatan tapi 'Frust' kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Bukit Besi dan memangkah pada peta yang bermakna takde botol di tempat tu.. Hancur berkecai harapan untuk memiliki botol guli! Dalam van masing-masing senyap terkedu.. mungkin memikirkan nasib masing-masing, aku pulak senyap kerana dah tebal muka.. malu kerana bawak dorang ke tempat yang memang lama tapi takde botol ibarat lagu yang tak berirama....


Pertukaran driver.. merenung jalan atau merenung nasib..?? apa nak di kata...


Lokasi kami seterusnya ialah bandar Kuala Terengganu.. Mungkin nasib kami lebih baik di sana. Setengah jam perjalanan dari Bukit Besi aku terpandang permandangan yang agak menarik.. "Berenti!! reverse van!!" Sebuah kedai kopi yang dah tutup memecahkan suasana kelam kami.. Crate plastik tersusun rapi depan kedai tersebut.. Parking van dan terus menyiasat, dari jauh nampak macam best..


Alamaaak..! Botol biasa je macam kat Shah Alam...!!

Pakcik kedai tu yang rumahnya bersambung dengan kedai tu pun tau tengok muka hampa kami lalu berkata "dik.. kat dalam ada lagi.." Bulat sekejap mata aku.. apa lagi aku terus kedalam..


Aduuhh..! sama jugak macam kat Shah Alam!! Nak menangis pun ada aku ni..!


Setelah mengucapkan terimakasih daun keladi pada pakcik tu kami meneruskan perjalanan.. Tak payah aku cerita lagi lah memek muka masing-masing dalam van tu..

Tak sampai setengah jam kami terserempak lagi dengan permandangan yang indah!! tak tau sapa yang nampak dulu tapi macam kami berempat serentak menjerit.. "Stoopp!!" stop tetap stop, walau dah hampa dua kali tapi dah datang jauh, berhenti je lah.. Siasatan awal mendapati kedai makan ni memang dah tutup, takde orang tapi ada kereta sebijik dan lori sebijik parking di tepi longgokan crate plastik berisi botol tu.

Bro Nazrin membuat siasatan awal pada crate botol.



Waaah!! hasil siasatan nampak menarik, botol coke white acl dan red lable takde ribbon!! Ini lah yang aku dan bro Sham duk tercari-cari kat Selangor!! Jodoh dah sampai nampaknya!!





Coke White ACL di celah-celah yang lain.








Red Lable takde ribbon.


Setelah punggah memunggah hasilnya agak lumayan, coke tulisan putih dah coke label merah takde reben walaupun kondisi tak berapa elok tapi bagi aku dah payah sangat dah nak tengok terbiar macam ni kat Selangor, kami sapu bersih! Muka masing-masing ada sikit sinyuumm! terlupa sekejap duka lara di Bukit Besi.. Bersambung...

3 comments:

  1. Dah macam star wars lah pulak..2010 The Bottle Empire Strikes Back, pastu kembalinya bro mgt Return of The Bottle Jedi,lepas 10 tahun , pada tahun 2010..baiki kapal angkasa/4wd dan susun strategi.. episode 1,The phantom menace.. episode 2..Attack of the Bottle clone,(serang pantai timur), episode 3..Revenge of the bottle sith.(dah korek tak habis-habis lagi..buat revenge)

    ReplyDelete
  2. Hahahaaa! Che Mat.. macam trilogy dah pulak! hahaa.. Banyak episod lagi ni bro! cukupkan 6 episod lah.. hehe!

    ReplyDelete
  3. biasalah bro, ada pasang surut, takda thrill la jadi hero jer :) kdg2 nak jugak jadi storm trooper, darth vader ke, hehe.

    ReplyDelete