Thursday, July 15, 2010

XPDC MEMBURU BOTOL DI PANTAI TIMUR.. episod 4

Lebih kurang 3 jam perjalanan dari Bukit Besi kami pun sampai ke bandar Kuala Terengganu. Lokasi pertama dalam senarai jember kami adalah kilang air lamned yang pernah kami 'kerjakan' sepuluh tahun dulu. Dalam perjalanan kesana kami melalui kampung cina. Masih banyak rumah-rumah kedai colonial tersergam indah di sana. Terasa bagaikan di era 50an pulak!

Bangunan-bangunan lama yang di jaga elok di kampung cina.

Sampai di lokasi kilang lama tu kami sekali lagi di duga.. hati kami di tusuk duri lagi.. bangunan kilang dulu dah jadi restoran cina! Payung-payung cap 'air rimau' tersergam gah memusnahkan ciri-ciri kilang air lamned di situ! Hampa.. memang hampa sampaikan aku terlupa nak ambik gambar suasana baru kilang tu..! Tapi macamanapun kami turun la jugak dari van menyiasat, manatau ada saki baki longgokan botol kat tepi mana-mana. Apa yang kami jumpa hanyalah gudang baru yang dulunya memang takde kat situ. Di tepi gudang tu aku ternampak satu almari lauk yang masih cantik! kalau kat luar dah macam ni kat dalam lagi lah?? Dalam hati tertanya-tanya apa yang ada dalam gudang tu. Bro Amir kita memikul tugas bertanyakan 'tokey' kat situ. Dia cakap ada almari lama kat dalam tu. "Mung nok ke??"(kau nak ke?) apek tu tanya.. Boleh jugak tengok macamana rupa almari tu. Setelah di buka gudang berkunci tu kami masuk lalu melihat almari yang besar macam almari kedai sensei.. memang almari lama. Kerana tempat yang sempit almari ni bertindan dan ruang untuk mengambil gambar agak terhad.. Cantik memang cantik kalau display botol tapi terlalu besar, nak sumbat macamana dalam van??!


Almari lauk, nak sumbat dalam van pun tak muat jugak!

Almari sensei yang panjang, mau lori tiga tan baru lepas ni!

Kesimpulannya memang takde hasil lah, almari pun tak boleh angkut, botol pun takde.. Longlai lagi kami masuk dalam van dan dengan berat hati memangkah kilang air lamned ni.. Babai!
Lokasi seterusnya ke gudang pengedar Coca-Cola di Gong Badak Kuala Terengganu. Sampai di lokasi dari luar dah nampak signboard yang dorang dah tak pakai, signboard ni tak la lama sangat tapi kira ori la pengedar yang punya, siap ada tulisan jawi tu!


F&N Coca-Cola (M) Sdn. Bhd. Kuala Terengganu. Siapa pandai baca jawi??

Bro Amir lagi sekali dipertanggungjawabkan untuk bertanya pak guard di situ di mana lokasi tapak lama gudang pengedar Coca-Cola yang dulu pernah aku dan Amir sampai tapi dah lupa kat mana lokasinya, tak jauh dari gudang baru tu. Sampai di tapak lama gudang tu yang sekarang ni dah jadi kedai welding dah boleh nampak dah permandangan yang di cari-cari.. Askar-askar soda berselerak di tepi pagar gudang..


Askar-askar soda yang tewas! Kickapoo, Magnolia, Coca-Cola.



Coke White Acl yang dah pecah mulutnya. Kondisi teruk!
Kalau tak korek memang tak sah, kami bongkarkan mana-mana botol yang tertanam separuh, penyiasatan mesti menyeluruh, jauh berjalan ni! Dah mencemarkan tangan baru puas hati. Botol-botol tu kami tak ambik pun sebab kondisi agak teruk, lagi pun dah agak 'kenyang' dengan penemuan terawal tadi..! Bersambung...

5 comments:

  1. berdebar2 baca episod lu bro....kalau ada vcd aku beli dulu...haahaaaa....dah tentu episod akhir memang pergghhhhh...!!!!!

    ReplyDelete
  2. Ada bro! nanti kalau sempat edit kat trade fair aku jual!! hehehe...

    ReplyDelete
  3. MgtBobber , syok nya memburu! Syabas! teruskan usaha, paling debar kat xpdc memburu pantai timur siri ke 2 tu, macam bangunan mistika paranormal, gothik..., kalau ada perigi lama tulah yang kena gali juga tu...,

    ReplyDelete
  4. Salam,aku ada coke botol tulisan arab embossed.jumpa dlm tanah masa excavator korek.Aku selamatkan lah.Masalahnya aku xtau lngsung asal usulnya.Boleh ker korang bg mklumat sikit.

    ReplyDelete