Thursday, July 22, 2010

XPDC MEMBURU BOTOL DI PANTAI TIMUR.. episod 7

Selepas gudang F&N tadi kami terus bergerak mencari kilang yang aku anggap mitos sahaja kerana info ni aku perolehi 10 tahun yang lalu, entah betul entah tidak! 2 jam pusing town, segala kepakaran di gunakan, habis skill 'scanner' di keluarkan tapi nampaknya tak mendatangkan hasil.. Perut dah berkeroncong, lapar, dahaga, letih, semua dah mula terasa. Kami memutuskan untuk singgah makan dulu di restoran nasi padang yang tersohor di Kota Bharu. Dalam perjalanan ke restoran tersebut salah seorang dari kami ternyala 'lampu ultramannya'!(terasa sesuatu). Nampak ada satu bangunan yang lain macam di celah-celah bangunan yang lain dalam bandar ni.. jadi kami cuba cari jalan belakang ke bangunan berdinding zink tu.. Cari punya cari, belok kiri, belok kanan last-last hahHH!!! Jumpa jugak akhirnya bangunan yang aku anggap mitos selama ini!! Apalagi melompat la kawan-kawan bila terpandang permandangan yang aku kira permandangan yang terindah semenjak 10 tahun yang lalu!! Tak payah aku cerita banyak lah, biar gambar-gambar ini menceritakan semuanya.. Setelah mendapat lampu hijau dari taukey, maka kerja pun bermula! Enjoyy!

Bro Amir membuat tinjauan pertama.

Disusuli bro Nazrin.

Permandangan di lokasi.





Bro Amir mula berjinak dengan botol-botol. Malu-malu kucing!


Yang ni memang dah tak malu! Duduk terus atas botol!!

Muka kanak-kanak kebingungan!


Botol-botol yang di jumpai!







Geng-geng soda!


Setelah berhempas pulas memanjat botol, tertimpa botol, baring atas botol, berperang dengan semut api selama 4 jam maka kami mengambil keputusan untuk berhenti dulu. Makan pun entah kemana, dah berjam-jam korek botol baru terperasan diri ni dah nak pengsan dek perut yang kosong! Kami mengambil keputusan untuk berhenti setakat ini saja dulu dan bertekad akan datang lagi untuk menggali tanah-tanah lot di situ yang telah kami tandakan bahagian yang berpotensi untuk menjumpai botol-botol taraf antik! Bersambung... (episod akan datang, episod terakhir.. bro Sham ikut sekali! habislah!!)

9 comments:

  1. ini dah kira Jackpot!!! Congrats to al of u.

    ReplyDelete
  2. raya ni aku balik Kelantan, giliran aku pulak seranggg .. hehe

    ReplyDelete
  3. Hehehee.. silakan bro Jaki.. heheh..

    ReplyDelete
  4. meleleh peluh takpe, barang ada....meleleh air lior???? tolong sambung ayat ni kawan....

    ReplyDelete
  5. Meleleh air liur tadah baldi la! hahahaa..

    ReplyDelete
  6. salah bro.. meleleh air lior tadah botol cap udang la.. btl tk mat sidin?? hehe

    ReplyDelete
  7. hoi..! bigcoke..tak pa aku dah ada di taiping lar.. esok lusa siap lar udang dalam tangan aku..tungguuu..! hahahaha

    ReplyDelete
  8. Ni apa benda ni udang! udang! ni?? adoyai budak-budak ni!!

    ReplyDelete