Monday, August 9, 2010

Kalau Dah Jodoh Tak Kemana..

Sebelum aku teruskan dengan posting terbaru aku ni terlebih dahulu aku ingin mengucapkan TAHNIAH kepada geng-geng botologi kerana berjaya menganjurkan Trade Fair di Amcorp Mall semalam. Sambutan aku kira amat memberangsangkan sampai kena 'sound' dengan managment Amcorp kerana terlalu meriah dengan barang-barang dan pengunjung! Ucapan terima kasih kepada collector Coca-cola tegar iaitu Datuk Profesor Sharif(mentor aku) kerana sudi meluangkan masa datang ke trade fair semalam untuk memberi sokongan, para-para bloggers yang memberi sokongan padu, Blues Rider, Spallan, Junker Ipoh, Bro Zul Larkin and the geng, Din Posto serta semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung(yang aku tak sebut nama, sori! aku terlupa la tuu!). Juga kepada yang tak hadir tu aku tau nak datang tapi tak dapat kerana hal-hal tertentu, terima kasih semua! Akan ada lagi nanti event-event seperti ini di masa depan, kerana kami ada membuat perancangan, yang penting kami perlukan sokongan padu daripada anda semua!

Berbalik kepada posting aku untuk kali ini adalah botol Coke Embossed pendek berkaca hijau ni. Kalau posting aku yang terawal dulu perihal macamana aku mula-mula terjebak dengan mengumpul botol ni iaitu aku terjumpa botol Coke Embossed pendek berkaca putih jernih yang bertanda 'MSG' yang aku gelarkan sebagai Coke Embossed gred 'A'. Setelah agak 'masak' dengan botol Coke embossed local ni aku mula tertanya-tanya adakah wujud botol Coke gred A ni yang berkaca hijau?? Kawan-kawan botologi yang lain sepakat mengatakan kemungkinan botol ni wujud tu ada! Lama aku mencari botol ni, terlalu lama aku rasakan, maka enam belas tahun selepas penemuan pertama dulu timbul juga botol Coke embossed Gred A berkaca hijau ni. Bagi aku warna kaca hijau botol ni amat memukau pandangan aku, memang lain macam! Bab kata pepatah, kalau dah jodoh tak kemana..


Coke Embossed kaca Hijau Gred 'A'

Warna Hijau Yang 'Mengancam'
Tulisan yang terserlah timbulnya.


Tertera: 'MSG'


6 comments:

  1. Terima kasih bro kerana sudi meluangkan masa dan memberi sokongan!

    ReplyDelete
  2. sori tak dpt dtg...insyaallah akan dtg mesti aku dtg he he.. botol ijau ni mmg lawa..syabas!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih bro Rasli.. Insyaallah akan datang akan ada lagi event-event botol soda ni..

    ReplyDelete
  4. Memukau sampai boleh baring sambil belek-belek kan bro? Memang cun gila botol ni.

    ReplyDelete
  5. Baring atas botol bro!!! hehee..

    ReplyDelete