Tuesday, June 15, 2010

Crate Kayu 7up Florida.

Salah satu crate kayu dalam koleksi aku ialah crate 7up 'buih' yang aku perolehi dari kilang di sini satu masa dulu tapi yang menariknya crate ni bukan berasal dari sini tetapi dari Miami, Florida U.S. Penyekat kayu di dalam bukan seperti crate kayu di sini yang mempunyai 24 petak tapi yang ni cuma ada 4 petak besar sahaja. Jenis atau saiz botol yang di gunakan untuk crate ni aku tak berapa pasti tapi berdasarkan cetakan di tepi crate ni tertera 12 ounce. Jika botol soda local kita yang berisi 285ml bersamaanlah dengan 10 ounce, fakta ni kita boleh lihat di beberapa jenis botol soda kita yang kadang-kadang ada di cetak kandungan mengikut ounce seperti botol Kickapoo. Jadi kalau 12 ounce ni lebih banyak la dari 285ml.. mungkin botol yang di gunakan tak sampai ke Malaya ni.




Tertera 12 ounce.

Cetakan di sebelah dalam antara yang menarik tentang crate ni.
Tertera: Fresh Up with 7up, You like it, it likes you.



Tertera:
EURA COCR CASE CO.(Nama syarikat penbuat crate)
TRADE MARK JAX FLA, REG U.S. PAT. OFF

Di bahagian depan crate ni ada lagi cetakan tulisan yang berwarna hijau tapi dah luntur, aku sendiri tak dapat baca apa yang tertera, makhlumlah crate dah teruk kondisinya tapi tetap juga menjadi crate kegemaran dalam koleksi aku.


2 comments:

  1. fuyooo... cantiknya crate ni bro. sepatutnya crate mcm ni dah tak boleh pegang, apa lagi yg baru lepas makan goreng pisang masa world cup ni, jgn la bagi pegang :)

    ReplyDelete
  2. Hahaa.. memang bro tangan berminyak tak boleh pegang bro!

    ReplyDelete