Tuesday, June 7, 2011

JALAN-JALAN JEJAK BOTOL SAMBIL MAKAN EPISOD 1.

Agak lama benar aku tak bersiaran dalam blog ni kerana sibuk dengan kerja. Tahun ni memang langsung tiada aktiviti 'jember' botol sehinggalah baru-baru ini aku berpeluang untuk balik ke kampung di Kota Bharu kerana ada urusan keluarga di sana. Kebetulan pula bro Nazrin pun balik juga ke Kota Bharu atas urusan keluarga juga. Apalagi, aku pun acah En.Mat 'headmaster Coca-Cola' kita untuk ikut ke Kota Bharu, manatau ada rezeki untuk En. Mat kita ni, apalagi aku pun tumpang sekaki la kalau dia dapat barang. Maka en. Mat berjaya juga mengambil cuti beberapa hari untuk ke negeri Cik Siti Wan Kembang, nak merasa masakan Kelantan katanya. Jadi ekspidisi kali ini adalah untuk menjejak botol sambil makan!

Setelah sampai di Kota Bharu tempat yang kami tuju dahulu adalah kedai makcik yang ada jual air tuak, dalam ekspidisi dulu ada aku paparkan warung makcik ni. Masakan makcik ni boleh la tahan sedapnya,selain dari tu aku nak menuntut botol-botol kat rumah makcik ni sebab dulu dia cakap ada banyak lagi botol-botol di sana. En. Mat kita tak melepaskan peluang untuk merasa sarapan pagi yang pertama di Kota Bharu..

Kuih-muih di pagi yang indah.

Pulut pagi menjadi habuan En.Mat dan Nazrin.

'Nasi berlauk' gulai ayam dengan sambal belacan
ni pulak menjadi habuan aku. Perrghh! memang sedaapp!!


Setelah sarapan pagi, lokasi pertama kami ialah menjejak kembali salah satu lokasi kedai lama yang menjadi ejen minuman ringan tetapi telah tutup hampir tiga dekad yang lalu. Saja singgah lagi manatau ada botol yang terpancul keluar di sergah En. Mat!

Masih banyak botol-botol yang kami tinggalkan dulu.
Untuk orang belakang kata Nazrin!

Botol-botol F&N masih kelihatan tidak
terusik semenjak setahun yang lepas.


Nampak gayanya orang belakang yang kami tinggalkan botol-botol ini tak lain tak bukan En. Mat kita juga! Di koreknya bertalu-talu di kawasan sekitar dan bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan! Mari kita lihat hasil penemuan En. mat yang pertama di Kota Bharu.

Botol Coca-Cola tulisan putih antara yang terawal diperolehi.

Botol yang jarang kita lihat di Pantai Barat sekarang,
Coca-Cola label Merah tiada reben muncul
setelah digali En. Mat. Satu habuan yang
menarik ketika perut masih kenyang ni.

Botol-botol Yeo's yang masih tidak terusik.

Peti kayu cordial F&N dijumpai En. Mat.
Aii En. Mat, F&N pun kebas jugak ke???

En. Mat sedang mengenal pasti jenama 'fat bottle' yang dijumpainya.
Dapat agak ke jenama apa En. Mat??

Askar-askar soda di dalam 'kubu' sedang
menunggu nasib diserang hendap!

RC Cola dan White Lion berjaya ditawan oleh Nazrin!

Peti kayu F&N 'Lion Cordial' yang telah
reput dimamah anai-anai nampaknya juga tidak terusik.

F&N 'SOKMO' (Everytime) yang berjaya
dikeluarkan, kondisi kira bolehlah!


Nah! Kalau nak tengok En.Mat kita 'menjember' botol, inilah dia. Amat jarang sekali kita berpeluang untuk melihat En. mat kita beraksi! Kira anda semua bernasib baik kali ini!

Kena sergah pun tak sedar dah tu!

Yang ni pun sama la!

Waah!! En. Mat kita beraksi!
Kalau la anak buah tengok nii!??

Askar soda tawanan En. Mat. Agak lumayan kerana
terdiri dari botol-botol Coca-Cola label merah tiada reben!
Macamana En. Mat?? Datang Kelantan terus dapat!!

Tin alumunium yang dijumpai Nazrin, 'Real Power'.
Tak pernah jumpa lagi spesis ni walaupun
aku tau tin ni tak la berapa lama sangat.

Jenama 'RealMadrid' pulak tu!! Sah dari
England dan memang air tenaga ni!
Anda pernah minum air ni??

Tidak ketinggalan peti kayu yang semakin pupus sekarang,
dari jenama Coca-Cola. Melompat En. Mat dapat ni walaupun
hanya cebisan! Ni lah kalau dah minat, cebisan reput pun kebas!

Boleh tarik nafas puas la En. Mat!!
Dapat ni pun dah tersenyum lebar!

En. Mat bersama kepingan peti kayu Coca-Cola.
Bangga dapat korek sendiri benda-benda macam ni.

Cabut En. Mat! Boleh buat 'spare part'!!


Setelah berpuas hati dengan hasil di pagi hari, maka 'harta karun' ni dipunggah kedalam kereta. Sedar tak sedar beberapa jam juga kami di lokasi pertama ni. Baru je sarapan rasanya tapi perut dah berkeroncong! Apa lagi, ke kedai makan kesukaan aku dan Nazrin. Nak perkenalkan kedai 'oldschool' ni pada En. Mat sebelum meneruskan jejak botol ke lokasi lain. Bersambung..

Sunday, April 10, 2011

THE LIONS OF FRASER AND NEAVE 200ML.

Jika entri yang lepas aku telah paparkan singa-singa F&N dari botol 'embossed' 400ml, paparan kali ini aku ingin berkongsi pula dengan anda semua ahli-ahli botologi singa F&N dari botol 'embossed' 200ml. Mari kita lihat perbezaan dan keunikan singa-singa kaca ini.

Mula-mula mari kita saksikan singa-singa yang dalam kedudukan melintang. Singa melintang ini merupakan dari variasi terawal botol F&N 200ml ini sekitar era 30an. (Klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas).





Untuk pengetahuan anda semua, mengikut kajian aku dan kawan-kawan seperjuangan yang lain, makin hodoh atau makin kasar cetakan logo singa pada botol bermakna lebih lamalah umur botol tersebut. Dan ini pula singa-singa yang dalam kedudukan menegak atau berdiri, sekitar era 40an.







Botol yang kedua akhir yang memaparkan singa yang berdiri dan agak kurus merupakan variasi botol 'embossed' yang terakhir(mengikut kajian aku, mungkin ada pendapat lain) kerana di tapak botol tertera 'SG' yang bermakna Singapore Glass bukan lagi Barnard & Sons Ltd seperti lazimnya kerana pada peringkat ini botol ini telah dikeluarkan di Singapura bukan lagi diimport dari London dan botol yang bertanda 'SG' ini walaupun yang terakhir atau terbaru yang dikeluarkan tetapi amat sukar dijumpai kerana tidak dikeluarkan banyak kerana telah masuk botol era cetakan dakwat selepas itu sekitar era 40an-50an.

Begitulah hebat, menarik dan uniknya botol F&N 'embossed' ini. Jika di negara barat harga botol-botol soda ini boleh mencecah hingga puluhan ribu kenapa tidak botol-botol soda kita?? Hanya masa menentukan. Akan tetapi keunikan sebenar botol soda Malaya kita ini adalah dari segi nilai sejarahnya yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit..

Thursday, March 31, 2011

THE LIONS OF FRASER AND NEAVE 400ML.

Apabila mengumpul botol kita akan tergerak untuk mencari berbagai jenis jenama bagi memenuhi rasa 'syok sendiri' di hati kita. Atas sifat 'syok sendiri' inilah yang membuat koleksi kita ini bertambah. Salah satu jenama yang aku amat tetarik tak lain tak bukan adalah jenama F&N. Sejak mula mengenali botol F&N ini berbagai jenis variasi logo jenama ini telah aku jumpai. Paling menarik minat aku adalah logo singa pada botol F&N ini, terutama botol yang bercetak kaca timbul. Semenjak botol terawal lagi F&N telah mengeluarkan berbagai-bagai variasi logo singa yang sememangnya aku percaya menarik perhatian ramai ahli-ahli botologi di seluruh negara, dan ini sedikit variasi singa F&N dari botol 400ml yang aku ada.









Aku berharap juga dapat bergabung dengan ahli botologi lain untuk mengumpulkan lebih banyak variasi singa F&N ini untuk tatapan umum dan juga dijadikan informasi kepada pengumpul botol soda di luar sana. Akan datang aku akan paparkan pula variasi singa F&N dari botol bercetak kaca timbul 200ml.

Saturday, February 26, 2011

FRASER & NEAVE EMBOSSED 400ML DUA DALAM SATU, 'ERROR' ATAU 'STANDARD'??

Jika sebelum ini aku pernah tunjukkan botol F&N error dua dalam satu(Cetakan kaca timbul & cetakan dakwat dalam satu botol) dari model 'Black Shadow', kali ini sedikit paparan mengenai botol ini tetapi dari model cetakan dakwat jenis biasa. Walaupun cetakan dakwat pada botol ini bukan dari jenis 'Black Shadow' tetapi ianya adalah dari variasi selepas model 'Black Shadow' kerana logo singa yang masih kecil, seperti yang ahli botologi yang meyimpan variasi botol F&N sedia makhlum, logo singa yang bersaiz kecil adalah dari versi yang awal. Sekali lagi menjadi tanda tanya, adakah botol ini botol 'error' atau botol ini sememangnya dikeluarkan dalam versi begini?? Ini kerana dari pandangan aku, jika botol ini adalah botol 'error', maka kesilapan yang dilakukan oleh juruteknik di kilang mencetak botol ini berlaku berulang-ulang kali. Adakah munasabah jika ianya berlaku beberapa kali dan tidak dipantau pengeluaranya sehingga dipasarkan?? Atau kemungkinan ianya sengaja dicetak pada botol 'embossed' sebagai salah satu strategi pemasaran?? Kerana apa yang aku ketahui botol 'embossed F&N ini dahulunya dilekatkan label kertas(Tetapi tidak dapat dipastikan label dari reka bentuk bagaimana) pada bahagian belakang botol, jadi setelah teknik mencetak dakwat di atas kaca diperolehi maka kaedah strategi pemasaran yang sama digunakan. Tetapi jika ianya merupakan keluaran 'standard' ketika itu, dimanakah semua botol-botol ini menghilang?? Jika terdapat banyak botol-botol 'embossed' ini dijumpai, kenapa tidak dari model ini?? Semuanya masih menjadi tanda tanya, mungkin ada yang lebih mengetahui tentang evolusi label F&N ini dan aku berharap dapat berkongsi makhlumat dari sesiapa yang mengetahui tentang model botol F&N ini. Apa-apa pun, samada ianya botol 'error' atau tidak, model ini adalah di antara model yang paling menarik bagi aku dalam keluarga botol F&N.


Cetakan biasa(Kiri) dan
cetakan 'Black Shadow'(Kanan)

Bahagian cetakan kaca timbul adalah sama.

Sunday, February 20, 2011

KASTORI/KASTURI.

Kastori/Kasturi salah satu jenama botol soda tempatan yang terawal aku perolehi ketika mula-mula berjinak dalam bidang botologi. Pertama kali menatap botol 'oldschool' ini kira-kira lima belas tahun dulu di sebuah kilang air soda yang sudah tutup di Terengganu. Terdapat dua jenis botol pendek dari jenama ini iaitu, Kastori dan Kasturi. Aku pasti dua nama berbeza ini bukan datang dari syarikat atau jenama yang berbeza kerana selain dari namanya, reka bentuk lain pada label botol ini adalah sama. Mungkin perubahan masa mempengaruhi ejaan jenama botol soda yang tidak bergas ini dan mungkin juga ejaan yang berlainan menunjukkan perisa air yang berlainan. Sudah menjadi 'trend' era 50an kebanyakan label botol soda ketika itu menggunakan kombinasi warna merah dan kuning yang mungkin ada 'Ong' untuk melariskan penjualan tapi bagi aku yang mendatangkan minat orang ramai untuk membeli minuman ini adalah kerana kombinasi warna merah dengan latar belakang kuning mendatangkan 'contrast' yang kuat untuk menarik perhatian mata orang ramai dari jauh lagi.

KASTORI/KASTURI


Tertera: Delicious and Refreshing(Sama seperti tag line Coca-Cola),
Non Carbonated(Tiada Gas),
This Bottle Belongs to Kastori/Kasturi Co And May not Be Sold.


Lima belas tahun setelah penemuan botol pendek dari jenama ini aku tak menyangka akan bertemu jodoh dengan botol tinggi yang bersaiz 285ml pula. Aku dan rakan-rakan agak terkejut kerana itulah kali petama kami menatap botol tinggi dari jenama ini. Botol yang digunakan syarikat ini adalah sama seperti yang digunakan oleh White Spot dan Suntolley's. Masih mempunyai dua perbazaan tetapi bukan pada nama jenama botol ini kerana ejaan kedua-duanya masih sama iaitu Kastori dan perbezaan label pada botol tinggi ini adalah jenis tulisan(Font) yang digunakan dan juga penambahan ayat yang tertera 'No. 1' pada label botol ini.

KASTORI 285ML.



Penambahan 'No. 1' pada label botol ini dan jenis
tulisan(Font) yang berlainan berbanding gambar di atas.

Aku tidak pasti samada botol Kastori/Kasturi ini mempunyai variasi lain lagi selain dari apa yang aku ada ini tetapi kemungkinan untuk botol ini mempunyai variasi lain tetap ada, mungkin sudah ada ahli botologi yang mempunyai variasi lain dari jenama botol ini atau mungkin ianya masih ada di bawah tanah, di dalam guni atau di dalam peti kayu di mana-mana menunggu kita untuk dibongkar..

Sunday, February 6, 2011

F&N SINGAPORE-KUALA LUMPUR DENGAN TUDUNG 'EVERYTIME'.

Di sesi Botologi Hi Tea baru-baru ini aku berkesempatan untuk tukar botol suka sama suka dengan bro Acid Welding. Botol-botol yang aku dapat adalah dari jenama F&N Singapore-Kuala Lumpur, model botol soda yang aku rasa paling tersohor di kalangan ahli botologi. Kalau takde model ni rasanya tak sah bagi peminat botol soda Malaya. Memang biasa je botol ni kerana kuantitinya yang banyak kita boleh jumpa di seluruh Malaya ni tapi apa yang menarik bagi aku tentang botol yang aku dapat ni adalah tudungnya yang masih dapat kita lihat reka bentuk dan warnanya. Jenis tudung botol F&N 400ml yang aku dapat ni adalah dari model F&N 'Everytime'. Salah satu dari variasi tudung botol F&N yang bagi aku agak sukar diperolehi sekarang, lebih-lebih lagi yang berkondisi cemerlang. Walaupun tudung botol yang aku dapat ni kondisinya agak kurang memuaskan tapi sudah memadai untuk kita jadikan rujukan tentang variasi tudung botol F&N 400ml ni dan aku pasti ada ahli botologi yang menyimpan botol F&N ini dengan tudung yang berkondisi baik! Apa-apa pun terima kasih bro Acid Welding!

F&N Singapore-Kula Lumpur 400ml dan 200ml.


Tudung dari model 'Everytime'.
Reka bentuk logo yang klasik.
Orange Crush dan Sarsi.

Wednesday, February 2, 2011

SCHWEPPES BOTOL BESAR-VARIASI.

Schweppes botol besar ni dah beberapa kali aku dapat semenjak terjebak dalam arena Botologi ni, cuma baru semenjak dua menjak ni je aku dapat variasi yang berbeza, tak pun aku baru perasan perbezaan pada tiga biji botol Schweppes besar ni yang ada pada aku. Gambar yang paling kanan sekali masih tak berbasuh kerana baru dapat hujung tahun lepas (alasan je sebenarya). Jadi mari kita tengok perbezaan pada botol-botol Schweppes ini.


SCHWEPPES BOTOL BESAR.



Kalau kita lihat, botol yang paling kiri sekali, logo Schweppes yang berwarna biru tidak mempunyai latar belakang putih seperti kedua botol yang lain. Logo bawah dan tulisan adalah sama dari pengamatan aku.



Dan di bahagian belakang ada perbezaan dari segi tulisan "This Bottle Remains The Property Of Union Ltd." Botol Paling kiri dan tengah mempunyai tulisan yang sama manakala botol paling kanan tidak mempunyai tulisan ini. Lain perbezaan adalah tulisan 'embossed' Schweppes pada botol paling kiri berada di bawah lubang acuan bulat manakala botol paling kanan tulisan 'embossed' Schweppes berada di atas acuan. Manakala lubang acuan untuk botol tengah berada di bahagian tapak botol yang berbentuk 'longkang.'

Botol kiri


Botol paling kanan.

Setakat ini aku hanya ada tiga jenis botol Schweppes besar. Mungkinkah ada lagi variasi lain?? Bagi aku tak mustahil, botol soda Malaya atau versi Malaya kita ini mempunyai berbagai-bagai reka bentuk bagi memenuhi matlamat pengiklanan pada masa itu jadi setiap jenama mempunyai berbagai variasi yang berbeza.