Sambungan dari episod lepas mari kita layan gambar-gambar botol yang telah digali keluar yang kebanyakannya dari spesis botol 'Codd' dari jenama F&N.
Botol 'Codd' F&N
Kaca botol yang bertaburan.
Sayang.. kebanyakan botol ini telah pecah..
Botol F&N dari spesis 'Black Shadow' juga ditemui.
Kaca botol dari spesis F&N 'Embossed' hijau tua! Sayangnya, dah pecah!
Kawasan yang sedang digali..
Botol 'Codd' F&N 200ml yang telah terkorban!
Walaupun hanya serpihan kaca tapi kami tetap ambik untuk dibawa balik!
Mungkin ada info-info yang menarik yang kami boleh perolehi dari kaca-kaca pecah ini.
Kawasan yang digali..
Bersama Adi 'Giant'.. Kepuasan terpancar dari muka masing-masing!
Kaca-kaca yang pecah dipunggah kedalam kereta untuk dibawa balik.
Kebanyakan botol yang kami gali keluar telah pun pecah, bukan pecah kerana cangkul kami tapi memang telah pecah kerana apa yang kami tahu kawasan ini telah disodok oleh jentolak sebelum ini. Tapi kami tetap berpuas hati kerana beberapa biji botol yang dijumpai agak pelik dan yang belum pernah kami lihat sebelum ini khususnya dari spesis 'Codd' F&N. Ada yang bersaiz 400ml dan juga 200ml malah ada juga yang lebih kecil sedikit dari 200ml! Warnanya juga ada pelbagai iaitu dari warna hijau muda, hijau tua, hijau 'clear', hijau 'Frosted' dan juga berwarna 'Aqua'(Hijau kebiruan). Ada juga botol 'Codd' yang kami jumpai dalam keadaan cacat! Cacat yang bagaimana?? Nanti aku akan paparkan dalam entri akan datang.