Saturday, October 30, 2010

BAN HING LOONG CAP HARIMAU.

Ban Hing Loong Co. Aerated Water antara botol soda kegemaran aku. Pertama kali terserempak sedekad dulu di Terengganu dan kali kedua baru-baru ini di Kelantan. Nampaknya di sebelah pantai Timur je nasib aku bertembung dengan botol ni kerana di sebelah Pantai Barat ni tak pernah aku jumpa. Botol yang berlabel biru dengan logo harimau yang tengah 'terkejut gambarnya orang tengah ambil' memang salah satu botol yang mempunyai grafik dan logo yang hebat bagi aku dan merupakan keluaran Kuantan, Pahang. Tampak menarik dan 'oldschool', salah satu jenama yang juga menggunakan logo haiwan yang sememangnya 'stereotype' pada waktu dulu mungkin juga ada 'Ong' atau makna yang tertentu di sebalik penggunaan logo haiwan ini. Bayangkan pada waktu kegemilangannya, dengan air oren di dalamnya , dengan tudung yang masih berkilat! Perghh! Memang lawa! Tidak banyak kalau kita lihat jenama air soda ni dari Pantai Timur , boleh dikira sebelah tangan saja akan tetapi botol-botol ini menjadi kegemaran para-para pengumpul botol tanah air.

Ban Hing Loong Co. Aerated Water, Kuantan.

Monday, October 25, 2010

Vi-Ko.

Vi-Ko, satu jenama yang mungkin kurang terkenal di kalangan pengumpul botol soda, tapi satu ketika dulu aku rasa jenama air soda ni agak terkenal. Sepuluh tahun dulu aku pernah terserempak dengan botol ni di Terengganu, tapi dah tinggal separuh, oleh kerana pada waktu itu hanya itu saja tinggalan Vi-Ko ni aku ambil jugak walaupun tak cukup sifat. Sekurang-kurangnya cetakan pada botol tu masih terang dan bolehlah aku buat rujukan, tapi waktu tu tak ramai pengumpul botol soda yang aku kenal, aku bawa botol ni tunjuk kepada kawan-kawan yang kumpul botol waktu tu pun tak pernah lihat jenama ni apatah lagi yang cukup sifat. Sehinggalah baru-baru ni di Kelantan aku terjumpa juga beberapa biji yang masih cukup sifatnya. Maka inilah dia Vi-Ko yang sempurna. Tertera Carbonated Drink pada botol ini mengesahkan botol ini adalah botol soda. Tapi masalahnya aku tak dapat apa-apa info tentang botol ni, asal dari negeri mana, tahun berapa semuanya aku tak tahu, cuma tahun botol ini berada dalam pasaran aku agak-agak dalam tahun 60an hingga 70an berpandukan bentuk botol dan 'design' cetakan botol ini. Apa-apa pun botol ini menarik bagi aku dan lebih menarik lagi ia menjadi misteri kerana asal usulnya tidak aku ketahui tapi sudah tentu aku memang berminat untuk ketahui atau mendapat info tentang botol ni, jadi kepada geng-geng botol di luar sana jika anda ada info tentang botol ni kongsi-kongsilah. Sememangnya dunia botol soda tempatan kita ini memang hebat! Untuk pengetahuan anda semua botol Vi-Ko yang aku junpa separuh dulu masih aku simpan sampai ke hari ini..

Vi-Ko


Tertera: Carbonated Drink.

Tuesday, October 12, 2010

SIN JUAN SENG AERATED WATER FACTORY.

Lagi produk air soda keluaran Kluang Johor. Kira dasyat la Kluang ni satu ketika dulu dari segi pengeluaran air botol soda kerana dah dua jenama air soda dari daerah ini telah dijumpai. Kali ini air soda Sin Juan Seng Aerated Water Factory, cap kapal terbang berkapasiti 200ml dan tempat botol ini dihasilkan tak lain tak bukan, Singapura kerana tertera 'SG' di tapak botol ini. Ada beberapa jenama air soda lagi yang menggunakan kapal terbang sebagai logo jenama mereka, tak silap aku air soda cap kapal terbang dari Sarawak(Di sana dipanggil air 'Belon', Belon bermaksud kapal terbang dalam dialek bahasa Sarawak) dan satu lagi dari Sabah, aku dah lupa nama jenama botol ni kerana aku sendiri pun takde, aku terserempak dengan botol-botol ni pun di rumah kawan-kawan aku yang dasyat-dasyat juga koleksi mereka. Pereka grafik waktu itu(Aku anggarkan sekitar awal 60an) telah pandai mereka cipta kapal terbang kalau dilihat dari gambar, mempunyai enjin berkuasa jet(tiada kipas kelihatan) kerana dalam era 60an kapal terbang berkuasa jet berada dalam kemuncak popularitinya, pereka grafik botol ini juga mereka potongan kapal terbang yang agak 'futuristic' bentuk kapal terbangnya, nampak gagah dan garang! Sekali pandang pada aku kapal terbang ni macam nak pergi perang! Penggunaan warna biru dan kuning merupakan salah satu strategi untuk menarik perhatian, kombinasi warna ini juga digunakan oleh jenama Long Bros Aerated Water cap ikan paus. Aku pasti geng-geng botologi di luar sana ada menyimpan botol jenama ni, mungkin juga yang bersaiz 400ml atau mempunyai variasi yang berbeza dari yang aku ada ni. Kalau ada tu kongsi-kongsilah info demi untuk kemajuan koleksi botol soda Malaya kita ni.

Sin Juan Seng Aerated Water Factory, Aeroplane Brand.



Tertera: This Bottle is The Property Of
Sin Juan Seng A.W. Factory Kluang.


Monday, October 4, 2010

GUAN SENG LONG AERATED WATER WORKS J.B. 200 ML.

Guan Seng Long Aerated Water Works J.B, Sparkling Beverages, kali pertama aku menatap botol 200 ml ni ialah semasa ekspidisi ke Pantai Timur dua bulan lepas. Yang aku ada sebelum ni adalah model botol gemuk embossed atau geng botologi di Johor panggil botol 'Mentol'. Aku pasti ramai ahli botologi tegar ada botol menarik ni. Penggunaan warna grafik kuning dan merah merupakan salah satu strategi yang baik untuk menarik perhatian kerana bagi aku kombinasi warna kuning dan merah memang menarik tumpuan mata. Kebanyakan botol soda pada waktu 50 hingga 60an ini menggunakan kombinasi warna yang sama kerana strategi ini amat berkesan untuk melariskan penjualan air soda ni. Botol soda ini juga menggunakan binatang iaitu lembu sebagai logo mereka. Tak silap aku jenama lembu ni ada lagi pada botol susu atau soya. Kiranya pemilihan lembu sebagai logo air soda pada masa tu agak popular dan mungkin juga ada 'Ong'! Yang menariknya semasa penemuan botol ni di dalam tanah dan dikeluarkan, botol ini berada dalam kondisi yang cukup baik seperti dalam gambar. Aku percaya botol ni telah 'dikuburkan' sekurang-kurangnya 30 hingga 40 tahun tetapi kerana kualiti cetakan yang tinggi maka botol ini kekal dalam keadaan asal. Aku masih lagi pelik kenapa di sebelah Pantai Timur ni popular dengan botol 200ml kerana sepanjang tempoh mencarigali di Pantai Timur 90% botol soda yang aku dapat adalah yang bersaiz 200 ml. Apa pendapat anda?? Apa-apa pun dengan penemuan botol ini sudah tentunya dapat memberi lagi aku dan anda semua info tentang kehebatan botol soda Malaya kita ni.


Guan Seng Long Aerated Water Works J.B.
Sparkling Beverages.